Saturday, December 29, 2012

Akhirnya berpisah jua..

Sudah 7tahun cik mai berkhidmat di bahagian yang sama..pagi ni dapat surat akan bertukar ke bahagian yang lain..
Harap2 dipermudahkan segalanya..dapat belajar benda baru dan kawan keja baru juga..
Tapi bahagian baru cik mai ni memang bertentangan ngan cik mai kerana cik mai xsuka kira2..huhu...
Takpe..kita kena terima cabaran ni...yakin bole!...
Berdebar2 nye...

Saturday, December 22, 2012

Selamat Hari Lahir Zameer

Sudah 3 tahun anak mama hari nie...Semoga menjadi anak yang soleh, bijak dan sentiasa mendengar kata papa dan mama..mama doakan zameer sihat selalu dan seronok bila berada di Taska baru nanti ye...

P/S - Entry taska..lain kali cik mai citer..hehe

Thursday, December 20, 2012

Alhamdullilah CF dah lulus..

Sekarang ni cik mai tengah tunggu kunci je...erm, banyak jugak prosedur dia rupanya..selepas je CF lulus kena tunggu kunci pulak...

Sambil2 tu cik mai dah mula membuat persiapan...

1. Beli langsir...next
2. Kipas dan lampu..

Nanti cik mai hapdet ye...idea nak menulis kurang..jadi lain kali cik mai sambung..hehe

Thursday, December 13, 2012

Sambutan Bufday anak

Cik mai dah bercadang nak buat sambutan bufday Zameer di salah satu tempat2 nie...tengah dok pikir harga..hehe..almaklum la bajet cikit je..nak simpan wang untuk masuk rumah baru nanti...

1. Flaming Steamboat
2. KFC
3. A&W
4. MCD (asben cik mai boikot la pulak..hehe)
5. Satay Kajang

Nak wat pon antara famili je..bukan apa, kalau nak masak2 perlukan komitmen yang tinggi dan cik mai tak nak peninkan kepala kerana exam dah dekat....pastu nak save bajet nak masuk rumah baru...InsyaAllah tahun depan kita smbut besar-besaran cikit ye zameer...hehe..maybe masa tu zameer dah dapat adik kot...hehe....

Ada seminggu lagi cik mai nak pikir kat mana nak sambut....Nak sambut awal tak elok pulak orang cakap...mak mertua cik mai tunggu sambutan hari jadi cucu dia dulu baru nak balik kampung...bukan apa ayah mertua cik mai kat kampung dah suruh mak mertua cik mai balik..hehe..(rindu la tu)...

Tema tahun nie..erm,...cik mai ingat nak wat tema OOPS....rahsia..tunggu..nanti dah sambut cik mai tempek gambar ye...

P/S - Jiwa kacau...opis..exam...bufday..rumah...

Monday, December 10, 2012

Hai!

Cik mai sudah kembali.....tapi masih penin..erm,..bulan disember je cik mai akan penin kat mana nak sambut bufday my baby..ada cadangan tak..hehe

Tuesday, November 13, 2012

Blog Bersawang Seketika

Hehe...cik mai terlalu busy dengan keja sekolah semester ni..jadi aktiviti blogging terpaksa dihentikan seketika sehingga 9 Disember...Bukan apa, pensyarah semester kali ni aktif semacam...yang keja online pon ada yang hard copy assignment pon ada...

Jujur cik mai tengah pening sekarang...Keja opis pon usah cerita la..meja dah jadi macam sarang tikus je cik mai tengok....ayoyoyo..

Sehingga bertemu lagi...hehe...

PEACE!


Tuesday, November 6, 2012

Nak ke Taknak?


Cik mai dalam dilema sekarang ni nak ke tak nak wat PAP SMEAR...huhu..dengar citer orang sahaja dah cukup buat cik mai ngeri, apatah lagi mahu pegi klinik untuk menjalani ujian tersebut....Sebut sahaja pasal sakit..memang cik mai surrender...cik mai takut....nak-nak lagi dorang cakap kena masukkan benda alah yang macam kat bawah nie...muncung itik a.k.a SPECULUM..Haisshh...
Korang pernah ke wat PAP SMEAR ni..cik mai belum lagi..tapi disebabkan cik mai terbaca satu magazine..PAP SMEAR ni elok dibuat sebelum mengandung..jadi cik mai terpanggil untuk mengambil ujian tersebut...Yela, tahun depan cik mai plan nak peknen kan..jadi kena la amik ujian ni ...hoho....

BILA YANG SESUAI
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
(Sumber : InfoSihat)

KAT MANA NAK BUAT
  • Klinik kesihatan
  • Klinik desa
  • Hospital kerajaan
Kalau nak bayar :
  • Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga (FPA)
  • Klinik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
  • Klinik Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  • Klinik dan Hospital Swasta
Nampaknya cik mai kena pegi kat Klinik yang penah cik mai pegi untuk check up peknen..dorang dah ada rekod kita kan..huhu.....DEMC ATAU PMC ye?...

SILA BACA

Thursday, November 1, 2012

drama-drama sebelum kahwin

Kome Dah apply ke?

HEHE...cik mai baru je baca kat blog MYRA pasal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)....Ingat tahun ni cik mai nak apply la...sebab kitorang gaji di bawah RM 3K..

Nak link dia ke?..JOM terjah Blog MYRA

BR1M


P/S - Bila tengok diri sendiri kat cermin...cik mai dah gemuk..aiyakkk!

Wednesday, October 31, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Pembukaan Kaunter Agihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Untuk makluman, kaunter agihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia bagi 
pelajar e-PJJ dan PLK (shah alam sahaja) akan dibuka
 seperti maklumat berikut:



Tarikh    : 3, 4 dan 10 November 2012

Waktu    : 10:00 Pagi hingga 2:00 Petang

Tempat    : Bangunan Budisiswa (HEP)
Untuk semakan nama agihan, sila layari http://bursary.uitm.edu.my/ 

Cara semakan:-

2) Lihat makluman Semakan Nama agihan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.
3) Klik butang seterusnya, Klik Kad Diskaun siswa 1Malaysia.
4) Masukkan nombor pelajar untuk semakan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.
5) Cetak dan serahkan kepada pegawai bertugas di bangunan Budisiswa (HEP) mengikut kaunter.

Harap Maklum


P/S - CIK MAI dah amik minggu lepas ngan MOMMA2AA..hehe..

WW - Ubat oh Ubat


Monday, October 29, 2012

Salam Monday Blues!

Salam blogger sekalian....Macamana dengan cuti anda semua...hehe

Cik mai masih terasa kepenatan lagi + pula hari MONDAY pulak...Cik mai balik kampung khamis malam..wow!! heaven,...enam jam dalam perjalanan +  hujan lebat selebatnya...hoho...Natijahnya..en asben mengantuk semasa memandu...Akibat daripada kejadian tersebut, kami balik KL hari Sabtu, jalan takdela jem sangat...

Dengar citer dari opis mate, dorang yang balik semalam semua mengeluh jem....nasib cik mai balik awal..

Semalam,..pagi2 dah mendobi kain yang berbakul2...maklumlah minggu lepas hujan malam, jadi cik mai tak boleh nak mendobi malam..(alasan je sebenarnya,..hehe)..Petang pulak, cik mai pegi jalan-jalan ke AEON BUKIT TINGGI..menghabiskan masa yang berkualiti bersama famili..lama dah tak merasa berjalan hari Ahad..Kelas setiap minggu..huhu...Sempatlah bershopping baju mama + Zameer...ada offer kat AEON...P

P/S - Nak wat research sikit la, macam mana nak dapatkan baby girl pulak..hehe..gedik kan..


Thursday, October 25, 2012

Heaven nya hari ni!

Jalan raya sangat lengang...Cik mai kuar rumah pukul 8pagi macam biasa, 10 minit dah sampai opis...wow..best kan...Laluan NPE tak jem...agaknya ramai dah balik kampung....

Jadi, orang yang tak bercuti jela yang bekerja hari ni...sambil bekerja sambil survey baju Dinner..owhhh....jom cuci mata kat BUTIK ni...

P/S - Harap2 jalan tak jem malam ni...penah balik kampung ambik masa 4jam lebih...selalunya 2jam lebih dah sampai kampung...HIGHWAY pliz be nice to us...!

Wednesday, October 24, 2012

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan mental dan fizikal....

 Makanan Tambahan

Sesetengah orang akan mula mengambil ASID FOLIK, SUSU dan Suplimen tambahan yang lain....dulu, cik mai minum Enfamama..konon nye la nak bagi hormon ibu tu ada..hehe...okayla...kita cuba je petua yang orang bagi kat kita....

Persetujuan Suami Isteri

Suami isteri kena la sepakat dalam hal2 macam ni...en asben cik mai setakat ni okay je, malah dia memang nak ada baby lagi..dia cakap nanti Zameer buli adik dia kalau dia dah besar baru nak dapat adik..entah la..mama ikut je...hehe..

Kalkulator Kehamilan

Ha..kita kena la pandai kira kalkulator ni..hehe..cik mai nak praktikkan semula seperti mana macam cik mai buat dulu masa kehamilan yang pertama...Semoga berjaya...Hehe..

JOM BACA KAT BLOG DI BAWAH

annaaimi07
RATUHATI
lactamilmama.com
babycenter
http://duniasusuibu.com/
http://susuibu.com/v2/

P/S - Cik mai ni seorang yang suka merancang...tapi tak suka nak melaksanakan...haha...suka buat sekerat jalan...macam pil perancang, masa mengandungkan Zameer cik mai dah survey dan dah pilih mana yang terbaik..last2 makan sekerat jalan..haha...

Monday, October 22, 2012

Barulah sah!

Entri ini dibuat semalam...Entah kenapa dengan cik mai boleh lupa nak bawak purse + IC..henpon suma..memang macam pendatang tanpa izin la semalam...Siap duit nak makan pinjam duit orang sebelah..huhu...Adoi la time gaji boleh pulak lupa bawak purse...Tau masa nak keluarkan duit " alamak purse tak bawak!...

Hari ni henpon pulak tertinggal..hai la cik mai apa benda la yang cik mai dok pikir nie..huhu

Semalam shopping barang kat MYDIN..dah nak balik ni..on the way nak ke parking keta....

Zameer : mama nak kencing...
Mama a.k.a cik mai apa lagi mula la panik....
Last2 cik mai suruh je Zameer kencing kat tepi keta cik mai..huhu..pancut je..nasib baik la anak lelaki..hoho...tapi macam takde sivik punya orang la pulak bila kencing merata camtu..hehe..

Sekian...

P/S - Cik mai dah amik KOM1M dan KadSiswa..Yeay..suka...suka..suka...sebab dapat diskaun...

Nota buat anakku - Zameer Haiqal

22 Oktober 2012

Selamat ulang tahun 2 tahun 10 bulan wahai Zameer...Bulan ni awak telah berjaya melepasi ujian tidak memakai pampers..Alhamdulillah...masih belum 100%, tapi 99% awak telah berjaya....

Bulan ni mama tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya buat awak,..maafkan mama sayang...Kekangan masa telah membuat mama terbatas untuk meluangkan masa berkualiti bersama awak....Setiap hari Sabtu, mama pergi bekerja..terima kasih sayang kerana sudi menemani mama ke ofis setiap hari Sabtu...Awak boleh bermain dengan Farisha jugak kan..

Setiap Ahad pula, mama ada kelas...memang takde masa untuk awak sayang...takpe pengorbanan mama ni untuk kita sekeluarga...semoga kita akan sentiasa dipermudahkan dalam apa juga keadaan....


Zameer,

Lagi 2 bulan awak akan melangkau ke usia 3 tahun...Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mama...Amin..


P/S - Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi, meriah la umah cik mai nanti..  :)

Friday, October 19, 2012

Free Drypers Sudah!..

Alhamdullilah...Zameer dah free Drypers start bulan Oktober nie...Cik mai ajar dia on off, on off aje..takde masa nak ajar full time sebab jadual kelas yang padat..
Mula-mula memang haru biru jugak la, dengan Zameer yang tak reti nak tahan kencing terus je kencing..hehe..."Bila dia cakap je "mama nak kencing..dia terus kencing"..adoi...

Tapi sekarang Zameer dah reti tahan...bila nak kencing dia akan cakap " mama nak kencing, nak g toilet"..dia akan bukak seluar dan berlari ke toilet...

Itu satu...sekarang ni cik mai tengah ajar dia Potty train...cik mai belikan dia potty supaya memudahkan dia nak buang air besar, nak guna toilet bowl dia tak nak...dia gayat ngan ketinggian cam tu..takpe, slow and steady Zameer..

Zameer, mama harap awak akan berjaya untuk free dryper sepenuhnya..sebab sekarang ni mama masih pakaikan awak pamper bila mahu tidur (malam)..tidur siang tak pakai...bila berjalan area berdekatan rumah memang tak pakai..kalau jauh mama pakaikan awak pamper..sebab mama belum yakin 100% ..hehe...takpe kita sama-sama cuba nanti ye...InsyaAllah pasti boleh!

P/S - Liat benar nak bangun pagi untuk studi...Malas betul cik mai semester nie...

Thursday, October 18, 2012

NuffnangX oh NuffnangX

Blog cik mai jadi celaru la pulak...abis semua komen takde camne tu?...

Pastu kalo nak komen kena isi verification Code tu..Tak suka tau...cik mai tak mau pengunjung blog ni penin nak salin balik code tu..huhu..sebab cik mai pon xsuka bila nak komen kena isi code cam gitu....huhu

Camne ek?..semalam cik mai claim my blog je...pastu ikut instruction macam NUFFNANGX tu bagi..pastu jadi celaru pulak...

Tolong...


P/S - Perfume minyak angin seminggu nie...

Wednesday, October 17, 2012

Kembali Lengkap

Yeay...pembacaan cik mai kembali sempurna setelah berjumpa kembali dengan blog SEEK THE TRUTH...

Cik mai minat cara penulisan beliau...memang seronok baca..ternanti-nanti jugak sebelum nie...rupanya dah ada blog lain....

Jom Baca...


p/s -

Tuesday, October 16, 2012

Cik Ti Oh Cik Ti

Sekarang ni rumah cik mai dah ada Cik Ti balik...dulu penah ada tapi kitorang pasang perangkap terus takde...sekarang ni kembali lagi pulak cik ti ni..adoiyai....

Kalau cik ti tak mengganggu kitorang takpe, ni sampai masukkan tulang ayam dalam almari baju Zameer..memang mendatangkan amarah pada cik mai!..huhu..dah la penat balik kelas tengok2 almari baju anak ada tulang temulang ayam.....dah satu hal kena basuh semua baju Zameer...

Tapi paling tak tahan Zameer sendiri nangis...siap cakap "Abis baju saya"..sambil menangis...huhu

Semalam cik ti tu telah menebuk 4 kampit gula 2kg yang cik mai simpan dalam almari dapur....geramnye.....memang kena buang la semuanye!..sayang tapi keselamatan diri kami sekeluarga lagi penting....phuuiii punya cik ti.....takpe..cik mai akan pasang perangkap lagi...siapla..operasi perang akan bermula....

Korang penah ada pengalaman cam gini tak ngan cik ti ni....

P/S - kerja sekolah banyak tapi otak lemau...

Wednesday, October 10, 2012

Sakit Dada

Adoi...sakitnye dada cik mai ni...tak boleh nak bernafas..muka pon jadi panas terus bertukar kemerahan...tula, kalau terlewat makan je atau skip makan mula la jadi cam gini..

Cik mai mesti kena makan on time kalau tak mula la hangin satu badan..yang ni pon cik mai bubuh minyak angin banyak2 kat dada..barula dapat sendawa sikit..belum lega sepenuhnya tapi bolehla melegakan sikit sakit di dada cik mai ni....

Cik mai memang kena makan nasi..WAJIB...perut melayu la kata kan..hehe..kalau tak makan nasi memang akan jadi cam gini..merana wooo......

Mula mula takut jugak ada SAKIT JANTUNG ke cik mai ni...selalunya sakit dada ni dikaitkan ngan jantung kan...huhu...


P/S - Breakfast lontong Singapore + tea tarik, Lunch nasi + Kari ayam + telur masin...

Monday, October 8, 2012

Macam-macam hal

Sejak 22 September sampai la sampai hujung bulan ini jadual hari Ahad cik mai memang padat..kelas setiap minggu..erk..tiba-tiba dompet jadi kurus je..bila ye gaji bulan Oktober nie..poket sudah mula mengering...(Yela, kalau pegi kelas ngan minyak, tol, duit makan breakfast, lunch + jajan2 lagi)..huhuhu...

Semester ni merupakan semester last cik mai belajar setelah berhempas pulas hampir 5 tahun (2007 sampai sekarang)..dari anak dara sehingga la dah ada anak sorang..lama tak lama nye cik mai studi...bukannye senang untuk mendapatkan sesuatu...Tapi itulah rezeki orang berbeza...ada sesetengah orang tu cik mai tengok tak perlu belajar tinggi tapi senang untuk mendapat kerjaya yang memuaskan..Mungkin mereka berusaha jugak cuma kita je yang tak tahu...Tapi macam cik mai ni nampaknya kena bersusah dahulu..tapi tak tahu la boleh mendapat kesenangan di kemudian hari..Insyaallah..Semoga dipermudahkan...amin...

Semester ni pulak cik mai banyak keja sekolah..rasa macam tak terkejar pon ada tapi layankan aje..malas nak tensen sangat..(cik mai tak suka nak pikir benda yang memberatkan kepala)...Pensyarah pulak macam-macam karenah tak mau citer kenapa..nanti kalau kutuk pensyarah ilmu tak berkat pulak..hehe...terima seadaanya jela...Semester ni pulak banyak buku yang harus dibeli..gulpp...satu buku RM 70 lebih..kalau 3 buku sudah berapa...gigit kuku sudah..huhu....bila mau dapat BAUCAR BUKU ni..leh cover duit buku..

Yang penting cik mai nak hargai setiap momen yang ada ni sebagai student..huhu...nak sambung master rasanye tak layak kot...CGPA below 3.00..(dalam mimpi jela...)

P/S - Kawan2 cik mai suma mau sambung master..erm..



Saturday, October 6, 2012

Kfc Zinger Double Down..

Cik mai da try tadi..boleh la rasa dia..ada cheese i like...bukan apa,baca review yang dibuat abg NARA macam best je kan....jom la korang try jugak..ala carte RM 8.40 je..tapi siyes cik mai cakap..xcukup dan tak kenyang makan tu je..erk..

Friday, October 5, 2012

Jom masuk Contest nak?

Seronok cik mai tengok kawan blogger MYRA asik menang contest je..cik mai pon nak masuk la contest yang ada..kot2 ada rezeki bole menang pulak..jom kita try untuk masuk contest ni....


Anmum pon ada gak contest tapi borang yang kat tin susu...huhu...

jom masuk contest........!!

Thursday, October 4, 2012

Tak suka cuti!

Cik mai paling tak suka cuti...pasal bila balik keja je,meja bertimbun ngan fail..huhu..pastu kerja mula la melambak..kalau boleh cik mai memang nak hari hari datang keja tapi yela, kita yang ada anak kecik ni kadang2 memang kena bercuti bila anak tak sihat atau pengasuh ada hal kan....

Tapi kerja kuat pon kerja masih tak abis2 camne tu?

P/s- kerja..kerja..kerja

Wednesday, October 3, 2012

3 Oktober 2012

Hari ni cik mai bercuti sebab babysitter ada hal...jadi cik mai amik kesempatan untuk ajar baby zameer untuk tidak pakai pampers...dan hasilnya amatlah positif...alhamdullilah...

zameer tak kencing merata(dia suka lupa)...setiap kali dia nak kencing dia akan bagitau cik mai...

Pastu,cik mai pegi kedai nak beli lauk ngan sayur..tetiba zameer cakap nak kencing pulak..(mama nye yg agak panik dan sengal ni suruh dia tahan jap)...sian zameer siap kepit sambil pegang bird beliau..huhu...nasib baik pekerja tu cakap ada toilet jadi cik mai pon bawak zameer g toilet...pheewww...dapat jugak dia tahan nak kencing....

Tahniah zameer..mama bangga ngan awak..nanti esok praktis kat umah nenek pulak ye....

p/s...zameer request underware gambar lori sampah..ada ke?...setakat ni gambar car,lori ngan helikopter je yg ada...

Akhirnya...alhamdulilah



Monday, October 1, 2012

Anmum kotak atau Anmum Tin

Semalam cik mai membeli barang dapur kat Mydin USJ..pekara rutin setiap bulan....Pastu cik mai dah membuat sedikit pertukaran Susu Zameer..sebelum ni cik mai beli susu Anmum 3+  yang dalam kotak..erm, tapi selepas membaca dan BW..ramai yang mengatakan rugi beli kotak punya baik beli tin...so, cik mai ngan asben pon try la kira antara kotak ngan tin mana yang lebih berbaloi-baloi...

Sekotak  500g = RM 26.80, cik mai tiap-tiap bulan akan beli 6 kotak..so total = RM 160.80, TAPI dapat 3kg je...kalau beli TIN pulak.

Setin 1.6kg = RM 80.60, cik mai beli 2 tin ...so total = RM 161.20 tapi dapat 3.2kg...ok la kan..hehehe...

Sebenarnya macam lebih kurang je, 1g = 0.0536 sen,....huhu..maaf la ye kalau salah, matematik cik mai memang fail....tapi mana yang boleh dijimatkan memang cik mai nak jimat,...nak beli susu lain nanti la, biar dia dah besar sikit lagi baru cik mai tukar....Sekarang nie Zameer dah mula nak pakai seluar dalam, tak mahu pakai pampers katanya..takpe pelahan2 ye Zameer, mama tak paksa awak drastik untuk tidak pakai pampers( padahal mama tak larat nak melayan kalau dia TERkencing kat mana2..huhu)

Mood : Malas..Malas..Malas..

Sunday, September 30, 2012

Pernah tak korang rasa?

SEtiap orang mesti ada tahap yang kadang2 kitabrasa dah sampai limit..btol tak...
Cik mai da mula rasa nak bertukar angin atau bertukar tempat keja...bukan apa, rasa macam tak dihargai pon ada...erm...nak naik pangkat pon susah jugak kat tempat keja cik mai ni...
Kena la bersabar sikit wahai hati...cik mai nak abiskan studi dulu pastu baru pikir nak pindah keja ni...Tadi dalam kelas HRM cik mai belajar pasal kadang22 kita suka tempat kije kita tapi kerja yang kita wat kadang2 kita xsuka...Lagi satu keja yang kita suka tapi tempat keja tak best...korang camne?

Thursday, September 27, 2012

Tuesday, September 25, 2012

25 haribulan yang dinanti....

Semua orang gomen tersenyum lebor la pagi ni yer...almaklumla....termasuklah cik mai skali...tapi lepas tolak hutang semua tinggal je baper sen untuk belanja...hehe..alhamdullilah rezeki...

Saturday, September 22, 2012

selamat hari lahir

hari ni zameer genap 2 tahun 9 bulan...

Zameer..

awak ingat tak malam semalam bila kita nak tidur je , awak mula membuat rumusan...

Zameer: Mama, semalam kan saya tengok Upin dan Ipin..dia cakap "Assalamualaikum,ada orang ke?."..
Mama: oh..yeke?..awak tengok kat mana?
Zameer: kat dalam TV tu..sian Ijat, rumah dia terbakar...
Mama :..Eh ye ke?..mama tak tahu..
Zameer: mana boleh macam tu..mama ni..mana boleh tak tahu..(mula nak marah mama...)
Mama: Yela, mama tau la...(adoi bertuah punya budak...)

Situasi 2

Zameer : (Sambil main Tab..tengok youtube lori,tractor,forklift dia)...mama, nanti mama beli tractor untuk   adik ye,...
Mama: Ape!..ingat mama cop duit ke?..(sambil tumbuk2 lantai..buat macam orang chop duit tu..hehe)..
Zameer: Yela, mama cop duit..
Mama : Erk...

Situasi 3

Papa baru balik dari work...Zameer kejar dan tunggu kat depan pintu..

Zameer: papa, tadi adik pegi kedai ngan mama..
Papa: Iye?..
Zameer: pastu mama tak boleh jalan..
Papa: Nape?..
Mama: ala, biasalah orang blok keta...sakit hati i tau!..depan belakang kena blok (nasib sentiasa akan ada abang2 atau pakcik2 yang akan tolong bila bab2 reverse keta nie..mama tak expert..hehe)
Zameer: Mama ni..adik suruh jalan tapi mama tak nak..(zameer dalam keta dok marah orang dia suruh bagi kami lalu dulu...)
Papa : Ala..mama memang tak reti bawak car...
Mama: Erk..asyik terkena je...huhu...


Sekian...



Thursday, September 20, 2012

anak anak anak anak dan anak....

Zameer  sekarang nie dah semakin besar dan macam-macam ragam yang dia wat...kadang kadang cik mai pening jugak ngan ragam dia tapi...bila difikir2kan balik itu memang akan berlaku dalam setiap proses pembesaran semua kanak-kanak kan..huhu....

Kadang2 cik mai terfikir jugak...zameer ni kurang kasih sayang ke?..yela cik mai kan bekerja dan masih belajar, jadi masa tu kadang2 tak cukup untuk diri sendiri dan famili..memang cik mai akui,..sampai zameer kadang2 datang dekat cik mai kemudian dia peluk kita dan cakap " saya cinta mama"...bila dia cakap macam tu je..terus rasa sedih,kesal..mula la ingat apa yang cik mai marah, rotan dan buat tak layan kat dia....sedih kan....(tetiba je rasa macam nak jadi ibu/isteri sepenuh masa kat rumah..tapi keadaan belum mengizinkan lagi..)

Cik mai rasa anak kita memang sangat perlukan belaian kita..tapi mak2 macam cik mai ni balik keja terkejar2 nak masak, dan bermacam2 hal kat rumah tu..bila anak minta di belai mulalah menyinga jer..haha..Sekarang ni pon cik mai memang cepat marah..salah sikit je mula naik hangin..huhu....

Zameer yang mama sayangi....

mama janji akan luangkan masa untuk awak ye...nanti mama rancang percutian untuk kita bertiga ye...hope we can get quality time together....amin....

P/S - kelas dah start minggu nie..owhhh..tidakk...

Friday, September 14, 2012

Deko - Deko Rumah Anda..

Cik mai sekarang tengah mencari idea macam mana nak menghias rumah yang bakal di diami nanti..hehe..cik mai kalau boleh nak yang simple aje dan barang tak perlu banyak (rumah sempit + cik mai pemalas nak mengemas)....

Banyak juga design yang telah berkenan di hati tapi..bajet jugak perlu diambil kira...bukan mudah tau nak wat pilihan..kehendak dan bajet perlu dinilai keduanya..huhu....

rumah cik mai pon takde la besar mana..meh cek mai bubuh gambar sikit bagi korang tengok ye..kalau sape2 ada idea ke?..contact number kontraktor ke..yang leh bagi murah2..bole la bagitau cik mai..

Yang ni ruang tamu...

yang ni pulak ruangan dapur
Dari luar

bilik tidur utama

Tapi belum dapat kunci pon lagi..nampak macam dah nak siap jadi cik mai pon survey2 je dulu deko2 nie..senang cikit nanti..hehe






Wednesday, September 12, 2012

Tablet mytab untuk Zameer


Hai semua...hari tu cik mai dah buat entry pasal nak cari tablet untuk kanak kanak kan...taraa...inilah hasilnya...(padahal takde wat research sangat pon...terus pegi beli)...

MYTAB nie function dia sama macam Tablet Samsung..jadi Zameer suka la...cik dah install kan segala bagai game yang dia suka main kat dalam tab dia...

MYTAB ni pekedai tu cakap buatan Malaysia..tapi kat belakang tulih Made in Taiwan..konfius kejap..hehe...okayla...dia ada WIFI..memori 4G, camera HD, ada Playstore (leh download game banyak2) dapat free Cover free dan sreen protector..Cik mai suh dia install games banyak2 kat tablet...senang sikit...Waranty 1 tahun..Kalau ada kerosakan boleh hantar kat kedai dia tau kat CSL...

Harga dia pulak...RM 388...tapi setelah diminta less dapat la RM 350..(Xpe duit en asben...lala)..Kalau nak murah ada brand CHINA Harga RM 299..sama je rupa bentuk dia..cuma dia lebih suggest beli brand Malaysia..ala..biasala peniaga..ayat kasi manis..huhu...cik mai mai layankan ajer..

Jom Layan..
Ni la rupa kotak dia....

Zameer yang khusyuk main tab sambil tengok TV..jangan harap nak bagi mama pinjam...

P/S - tapi kena control jugak budak2 nie..


Akhirnya..

YEAY...pas ni mama ngan zameer tak akan rebut rebut lagi...lalala...masing2 dah ada sorang satu...hehe..

Thursday, September 6, 2012

Tablet Murah untuk Kanak Kanak

Sekarang nie cik mai tengah survey tablet yang murah untuk kegunaan Zameer..yela tablet yang sedia ada nie asyik berebut je ngan dia...pastu bila da berebut  mula la dia nak merampuih..dan yang menjadi mangsa adalah tablet tersebut..dicampak ke lantai..huhu...

Sakit mata bila tengok tablet yang beribu riban itu dicampak begitu sahaja...oleh itu, cik mai nak mencari penyelesaian dengan membelikan beliau tablet sendiri...jenama cap ayam sudah..janji bole guna....hehe...

Cik mai tengah survey nie..nanti cik mai hapdet ye..

Monday, August 27, 2012

Kena Potong jugak..

Cik mai ni ada satu masalah bila balik je kampung..asal balik je pasti terkena...geram tapi dah tak boleh nak wat macam mana...kalau bukan tuan punya badan yang mengambil inisiatif sendiri tak kan berjaya punya la...yang geram nye orang sekeliling menjadi mangsa..sampaikan Zameer pon terkena jugak...

Cik mai dah mencari malam tadi, setakat ni ada 5...malam ni cik mai tak kira nak kena potong jugak..kalau tak memang tak akan tenteram hidup cik mai dibuatnya.....menggaru macam orang gila pon ada....gara gara KUTU eeeeiiiii...sangat menggelikan okay....waktu kecik dulu pon tak penah cik mai dilanda penyakit kutu nie...dah besar camni lak bole dapat....

Cik mai dah survey gak cara nak menghilangkan kutu kat kepala nie..harap harap berkesan la....hari hari syampu pon tak berkesan...kutu tak mati jugak....nampakanya rambut pon kena potong jugak...alahai tak boleh nak simpan rambut panjang...

okay..nanti cik mai hapdet lagi ye..

p/s - cik mai ingat Neil Armstrong dah lama mati..hehe..

Friday, August 17, 2012

3 hari di Kelantan

Hari ni dah masuk 3 hari cik mai berada di bumi kelantan ni..hehe...takde wat ape2 pun...cuaca sangat panas (umah mertua cik mai tepi pantai)...jadi aktiviti cik mai ialah tido je..hehe...
hari ni jugak cik mai first time kena masak untuk berbuka,memandangkan mak mertua cikmmai sibuk membuat tapai...erk,gementar dibuatnya...tak tau la sedap ke tak...nanti cik mai hapdet lagi ye...

Wednesday, August 15, 2012

bukan semua orang reti

semalam cik mai beli ikan patin masak tempoyak..tapi hanyir...tula bukan semua orang reti masak gulai tempoyak ikan patin...huhu...rindu opah masak..sedapnye....
cik mai akan pulang ke kampung hari ni...mood raya on!..

Tuesday, August 14, 2012

Turun sudah berat ..

Alhamdullilah...penurunan sebanyak 4kg...harap dapat la mengekalkan berat badan yang macam nie..hehe(tapi lepas raya confirm naik 2 kali ganda..kerana aktiviti masa raya adalah makan...makan..dan makan...)...dah lama cik mai nak kembali ke berat 50an..bulan puasa ni baru dapat ..hehe

Tahun ni cik mai beraya kat rumah mertua, baru kali kedua beraya di Kelantan...kemeriahan di sana memang tak sama macam kat negeri Perak, tapi yang bestnya bila raya kat Kelantan adalah.....Kutipan Duit raya Zameer..hehe,..dorang akan bagi duit merah je...jadi Zameer akan kaya bila raya di Kelantan....hehe

Tahun nie cik mai wat sepasang je baju raya, bukan apa nak kena berjimat..tak lama lagi rumah baru nak siap..banyak nak pakai duit..jadi raya kali ni memang ala kadar je...tapi untuk Zameer ada 2 pasang baju melaju dan 6 helai baju kemeja/Tshirt...untuk anak takpe la..budak budak memang akan cepat comot jadi kena selalu tukar baju..betul tak?...


Sunday, August 12, 2012

Iftar bersama famili

hari ni cik mai nak berbuka ngan adik ipar,biras cik mai..dorang datang berbuka kat umah cik mai..mesti meriah...tiap tiap tahun dorang akn datang buka umah cik mai..sebab umah abg dorang kan..hehe...

cik mai plan nak masak tomyam campur,siakap sweet sour,kailan ikan masin,telur dadar dan ayam goreng..amcam okay tak...

p/s - gambo takde..dah amik pakai instagram tapi xsave la pulak.....hehe..

Thursday, August 9, 2012

7 Tahun sudah

8.8.2012 genap lah 7 tahun cik mai berkhidmat di opis sekarang...harap dapat memberikan kualiti kerja yang baik kepada semua..amin...

Lately cik mai dah kurang efisyen...tapi takpe cik mai akan cuba perbaiki kelemahan diri cik mai nie....

P/S - Mood Raya Belum Mari sebab bonus belum dapat lagi..hehe

Nuffnang Berwajah Baru

Pagi nie cik mai tengok lain pulak rupa Mr.nuff....Ke dah lama tukar..cik mai jer tak perasan..huhu

BACA SINI

Friday, August 3, 2012

Thursday, August 2, 2012

Nak Berbuka Kat Mana?


Susah jugak kan nak cari tempat untuk berbuka...tapi kat bawah nie cik mai amik dari blog Denaihati....harap2 bole membantu kat mana cik mai nak pergi berbuka puasa nanti....

1. The Royale Bintang Curve
Harga : RM65++
Tempahan : 03-78431111 ext 1405
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my
2. Hotel Eastin Petaling Jaya
Harga : RM98 ++
Tempahan : +603-7628 7397
Website : http://denaihati.com/buffet-ramadhan-2012-nostalgia-p-ramlee-di-eastin-hotel
3. Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur
Harga : RM60++ (50% diskaun utk kanak-kanak 4 – 12 tahun)
Tempahan : 03-21439898
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/rbkl/promotion_8.html
4. Oceania Cafe Summit Hotel Subang Jaya
Harga : RM55 nett (Dewasa), RM27 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-80233000
Website : http://www.summithotelusj.com/promotions.php
5. Verandah Restaurant, Cyberview Lodge Resort & Spa Cyberjaya
Harga : RM79++
Tempahan : 03-83127091
Website : http://www.cyberview-lodge.com/sec/ramadan2012.html
6. Doubletree Hilton Kuala Lumpur
Harga : RM98++
Tempahan : 03 2172 7680
Website : http://www.makan-moments.com/bazaar-ramadhan/
7. Flavors Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM68++ (Dewasa)
Tempahan : 03-2785 1170/1190
Website : http://www.swissgarden.com/hotels/sghkl/
8. Utara Coffee House, Hotel Armada Petaling Jaya
Harga : RM85++ (Dewasa)
Tempahan : 03-79546888 ext 4557
Website : http://www.armada.com.my/view_promotion.php?promo_id=46898
9. The Mill, Grand Millennium Kuala Lumpur
Harga : RM72++ (Dewasa)
Tempahan : +60 3 2117 4163/4164
Website : http://www.makancrew.my/buffet-ramadhan-2012-the-mill-cafe-grand-millennium-kuala-lumpur/
10. Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Resorts Kuala Lumpur
Harga : RM50++ (Dewasa)
Tempahan : 03-20266060 ext 7703
Website : http://www.ancasa-hotel.com/specialpackages.htm
11. Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur
Harga : RM90.50 nett
Tempahan : 03 2089 3688
Website : http://apamenuhariini.blogspot.com/2012/07/buffet-ramadhan-2012-sime-darby.html
12. Raintree Cafe, Hotel Maluri
Harga : RM 65.00 net
Tempahan : 03-92878833 ext 630
Website : http://www.hotelmaluri.com/view-promotion/46993
13. Restoran Chakri Express Alamanda Putrajaya
Harga : RM58.00 ++
Tempahan : 03-8890 1616 or 016-2277 357
Website : http://berbuka.chakri.com.my/jom-berbuka-di-chakri-xpress/
14. Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Harga : RM60 ++
Tempahan : (603)-7956 2100
Website : http://hspj.com.my/HSGS/app.php?module=highlights&action=view&highlightID=38
15. Restoran Cerana, Cheras
Harga : Rm49.50 (Dewasa) dan RM27.50 (kanak-kanak)
Tempahan : MOHD ALI (ASST MANAGER) : 017-3096511, 019-2953450
Website : http://cerana.com.my/cerana/?menus=ramadhan-buffet
16. Paya Serai, Hotel Hilton, Petaling Jaya
Harga : RM129++ Diskaun 50% Kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Tempahan : (03) 7955 9122 extn. 4260/1
Website: http://www.zestpj.com/paya-serai/ramadhan-bazaar-paya-serai-2012/
17. Chatz Brasserie, Parkroyal Kuala Lumpur
Harga : RM95++
Tempahan : 03-2147 0088
Website : http://theyumlist.blogspot.com/2012/07/ramadhan-buffet-chatz-brasserie.html
18. Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur
Harga : RM75++
Tempahan : 03-26939333
Website : http://www.ghihotels.com.my/ContinentalKualaLumpur/promotion.aspx
19. Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
Harga : RM100++
Tempahan : 03-55118811 ext 2612
Website : http://www.bluewavehotels.com/view-promotion/46879
20. Nipah Coffeeshop, Hotel Equatorial, Kuala Lumpur
Harga : RM95 +++
Tempahan : 03-21617777 ext 8220
Website : http://www.offerstation.com/dining-food-offers/38990/hotel-equatorial-kuala-lumpur-ramadhan-promo.htm
21. La Maison, Silka Maytower Hotel
Harga : RM75 +++
Tempahan : +603-2692 9298
Website : http://www.rebeccasaw.com/ramadhan-buffet-la-maison-silka-maytower-hotel-serviced-residences/
22. Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur
Harga : RM80 ++
Tempahan 03-2716 1000
Website : http://www.dorsettregency.com/kualalumpur/promotions-ramadhan.php
23. PNB Darby Park
Tempahan: 03-7490 3838
Harga: RM99 ++
Website : http://www.pnbdarbypark.com/view-promotion/46067
24. Quality Hotel Shah Alam
Tempahan : 03 55103696
Harga : RM68 ++
Website : http://www.quality.com.my/SA/eventsandpromotions.php
25. Hotel De Palma Shah Alam
Tempahan : 03-5542 8080 Ext 607/611/613.
Harga : RM45 +++
Website : http://www.depalmahotel.com/documents/Press%20Release%20-%20Ramadhan%202010%20sHAH%20aLAM.pdf
26. Restoran Sri Melayu
Tempahan: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga: RM88++
Website : http://www.serimelayu.com/pdf/Ramadan_2012.pdf
27. Hotel De Palma Ampang
Harga : RM62 ++
Tempahan : 03-4270 7070
Website : http://www.depalmahotel.com/documents/Press%20Release%20-%20Ramadhan%202010.pdf
28. Hotel Istana Kuala Lumpur
Harga : RM115 ++
Tempahan : 03 2141 9988 ext. 3667
Website : http://www.hotelistana.com.my/what_fnb.php
29. Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Harga : RM128 +++
Tempahan : 03-2179 8881
Website : http://www.mandarinoriental.com/kualalumpur/news/
30. Mines Wellness Hotel
Harga : RM80 +++
Tempahan : 03-8943 6688
Website : http://www.mineswellnesshotel.com.my/
31. Hotel Equatorial Bangi
Harga : RM88.00 ++
Tempahan : 03-82102222/03-89251111
Website : http://www.equatorial.com/bng/index800x600.php?navi_id=6&sub_navi_id=16
32. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Harga : RM94 ++
Tempahan : 03- 78025245/78025200 ext 2915
Website : https://www.facebook.com/holidayinnkl
34. Hotel Eastin Penang
Harga : RM88 ++
Tempahan : +604-612 1128
Website : http://www.eastin.com/index.php?mid=4566
35. Hotel Vistana Penang
Harga : RM45 ++
Tempahan : 04-6468000
Website : https://www.facebook.com/pages/Vistana-Hotel-Penang/117869774925069
37. Marriot Putrajaya
Harga : RM105 ++
Tempahan : 03 8949 8888 ext 1330
Website : https://www.facebook.com/MarriottPutrajaya
38. Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Harga : RM108 ++
Tempahan : 03 2717 9933
Website : http://deals.sheraton.com/Sheraton-Imperial-Kuala-Lumpur-Hotel-129/dining.htm
39. Iftar Ramadhan Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam
Harga : RM45 ++ (kanak-kanak 20 ++)
Tempahan : 03 5511 8236

Terlajak sudah!

Sedar-sedar je dah pukul 6.04 pagi...alamak dah tak boleh bersahur....kenapa la tak dengar bunyi jam nie..huhu...Cik mai takpe la lagi kalau tak bersahur sebab keja dalam aircond duduk je pon...tapi kesian kat en asben la...dia kan wat kerja landskap,so memang duduk kat tengah-tengah panas...adoiyai...

Esok kena letak jam loceng kat sebelah telinga la nampaknya..huhu...

P/s - Korang layan citer Keluarga Iskandar tak?

Tuesday, July 31, 2012

Result oh Result

Jumaat nie result cik mai kuar..semoga semua okay..hehe...cuma ada sesetengah subjek tu yang mencemaskan cik mai....korang doakan  semoga cik mai  dapat result yang okay ye...

Kalendar Akademik

Friday, July 27, 2012

aura pliz go away!

adoiiinya ponn....sekarang cik mai tengah meloya dan sakit kepala sangat2..hal nie akan terjadi bila ada orang di sekitar cik mai mengandung...erk...terlebey suda amik aura orang mengandung....tapi sape?...

Yang baru2 nie cik mai tau dalam famili adalah sorang yang baru mengandung...huhu..jauh tu amik aura dia dari Sabah....penin nie...padahal masa mengandung dulu takde la rasa cam gini....huhu..

Sekian...

p/s -- lunch nie nak g shopping...i LIKE!

Thursday, July 26, 2012

Doa Mencari Barang Hilang

Cik mai telah mengalami kehilangan Wiggy Wimax nie..so sebelum kena penalti cik mai nak cari la dulu betul betul kat mana la wiggy cik mai nie...(dah la mahal ye kawan2..RM 199..fuhh..bole beli baju anak baper helai kot)...

Cik mai nak amalkan baca doa nie...berdoa dan berusaha dulu sebelum pegi bayar..huhu...

Semoga dipermudahkan...amin..

Wednesday, July 25, 2012

Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan Setengah Bulan Gaji Dibayar 9 Ogos

Wah!..berita baik untuk penjawat awam nie...

alhamdullilah rezeki....bersyukur dengan apa yang kita dapat ye....amin...




Terjatuh cinta...



Alamak...cantiknye..kalo pakai pagi raya mau vogue lebih cik mai..hehe..tapi nak pakai pegi jalan jalan pon okay rasanya..apa pendapat u all?

Nak tau lebih lanjut kat NURUL WONDER WARDROBE

P/S - timbang berat badan..still 60 an lagi la..bila la mau turun ke 50 an nie...huhu

Lisa Surihani Mengandung ke?

hehe..malam tadi cik mai termimpi pulak Lisa Surihani mengandung...semoga betul la hendaknye..amin..mesti tomei kan anak Lisa n Yusry nanti...hehe...boleh pulak mimpi orang lain mengandung....

Ni adalah akibat banyak sangat membaca gosip artis nie..


Tuesday, July 24, 2012

Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video

Gas Abis pulak!

Semalam pukul 5.10 petang cik mai dah sampai rumah..best sangat...bulan posa jela yang dapat nak balik awal kan..salunya 6.30petang  baru sampai rumah....

Sampai je terus mengeluarkan ayam yang dah beku macam batu tue...bagi dia mencair dulu,pastu cik mai menyiapkan bahan untuk memasak pulak..dah potong semua bahan,..ayam pon dah mencair..(semalam masak ayam masak kicap..sebab malas..hehe)

Sekali..nak bukak dapur gas takde!..aiyakk!!...ni membuat harapan cik mai nak memasak hancur berkecai..huhu....Nasib baik kedai dekat..suh en asben pegi beli gas...pastu sambung memasak balik...hehe..itulah insiden semalam..baru nak berbuka dirumah sendiri gas abis la pulak....

Hari nie nak kena pikir nak masak ape pulak....lalala..korang masak ape?...nak tiru bole?..hehe

Monday, July 23, 2012

Berpuasa di Kampung

Sabtu dan ahad lepas cik mai balik kampung berbuka puasa sama opah, pakcik makcik dan sepupu2 kat kampung..baru meriah...Pastu cik mai pegi menziarahi kubuh arwah emak cik mai.....(alfatihah..)

Zameer jugak dapat kenderaan baru beliau...hehe...jom layan..


p/s - nak nyanyi lagu nasyid ape ek?

Salam semua!

macammane ari ni okay ke?..
cik mai ari nie datang opis awal..masuk keja 7.45pagi..lik kul 4.45ptg..
macam2 nak tulis nie tapi mengantuk pulak..nanti cik mai sambung balik ye....

bye..

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Cik mai ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua..dan ingin memohon kemaafan seandainya ada terkasar bahasa....Selamat menunaikan ibadah puasa esok...

Cik mai akan balik ke kampung Perak..akan memulakan awal Ramadhan di kampung..baru meriah sikit..kalau kat sini anak beranak je..tak best la...

Korang dah hafal niat nak posa tak..meh sini cik mai tepek..jom baca dan amalkan selama sebulan...


P/S - Tea O lebih mempunyai khasiat berbanding Tea tarik...

Thursday, July 19, 2012

Kari Ketam For Dinner

Taadaaa.... inilah hasilnya..hehe...kelmarin tak dapat nak masak, nie baru dapat....


resepi kat SINI

Wednesday, July 18, 2012

Bufday Zizan 5 Julai 2012

Selamat hari lahir kepada en. asben...sori lambat nak publish gambo kita celebrate..busy exam la time tu...

Kek nie Mango Cheese Cake..ditempah ye..bukan cik mai masak..hehe...
Jom layan..kami g makan kat MR STEAK..sebab en asben nak makan lamb chop katanye....

Ni la rupa makanan kami...

Layan ye...

Kita dah Selamat!

Semalam balik kerja cik mai memang bersemangat nak mengUPDATE blog pada waktu malam konon nye la..hehe..pastu sampai je rumah, elektrik takde..chaiit betul la..hancur harapan cik mai nak mengupdate blog, membasuh baju meskipun memasak..gelap gelita...

Dengan berteman kan  lilin yang beberapa batang tue..duduk la kami anak beranak kat ruang tamu...zameer biasa la dia..main tetap main..dia main tapi dekat tengah2 mama dan papa la..dia takut Hantu Kak Limah..hehe...Papa dia pulak asyik main tab dia..cik mai kebosanan nie apa lagi melelapkan diri la sebentar kat sofa..huhu.....

Makan pon cik mai tapau Ketiau goreng Mali's Corner...Layan je..(Frust tau,..cik mai dah plan nak masak kari ketam..tapi apa kan daya..elektrik takde..tak kan nak masak time gelap2..)

Tengah sedap cik mai dibuai mimpi..tiba tiba dikejutkan oleh zameer...

Zameer : Mama!...Kita dah selamat!!....

cik mai ingatkan apa..rupa-rupanya elektrik dah ada....dia apalagi berpusing2 la satu rumah..dah terang kan....Hasben cik mai terus je on TV layan bola sepak...adoi.....

cik mai apalagi naik atas...dan sambung tido..haha...nak gosok baju malas pulak...hehe...

p/s - seronok dapat makan nasi kerabu yang sedap pagi nie...lalala...

Tuesday, July 17, 2012

Krisis Air

Semenjak dua menjak asyik benda nie je diperkata dalam berita kan....cik mai sebagai penduduk selangor risau tau...yelah, mula la cik mai dok pikir macam mana nak hidup 10-20 tahun lagi nie..sekarang pon sudah tidak ada air...

Sekarang nie memang cik mai menjadi penjimat air..yelah...kita kan kekurangan air..kalau bole marilah kita bersama menjimatkan air...Tapi jangan sampai tak mandi pulak ye..hehehe....

Alhamdullilah..setakat nie tempat cik mai belum lagi dikenakan catuan air...walau macam mana pon sikap beringat tue kena ada kan...huhu..nasib baik jugak rumah sekarang nie memang ada tangki air...jadi ada back up la kalo air takde.....

Harap2 krisis air nie bole di tangani oleh pihak yang berkenaan...amin.....

p/s - masterchef..Dato' Fazley yang menang...suweet je tengok dia ngan famili dia..hehe

Monday, July 16, 2012

Misi Kalo Rajin

16 Julai 2012 - September 2012

1. Nak mengemas rumah..kalau boleh nak packing barang barang yang tak pakai ke dalam kotak..senang nak pindah Tahun depan..erk ke awal sangat?..hehe...

2. Nak mencantikkan blog (kena tunggu mood rajin datang..hehe)

3. Nak Berpuasa dengan Jayanya..InsyaAllah..harapan tahun nie dapat mengerjakan tarawih dan mengkhatamkan sejuzuk al-quran..amin..semoga dipermudahkan....

4. Nak menyiapkan kerja kerja yang tertangguh kerana pelbagai benda daripada bulan April sampai Julai hari tu...InsyaAllah...

5. Nak meluangkan masa berkualiti bersama en asben dan bebe Zameer..

6. Nak berblogging kerap cikit...hehe..ni pon macam tak leh pecaya sangat..cik mai nie tengok mood baru leh dapat idea nak berblogging...

p/s - PosLaju oh Pos laju


Alhamdullilah!

Selesai satu lagi semester...tunggu je result 15 Ogos nie..huhu..nanti sambung lagi ye..busy la pulak hari isnin nie..

Saturday, July 14, 2012

last paper esok!

hari ni cik mai duk umah je..study sebab esok paperKnowledge Management..harap2 dipermudahkanlah untuk menjawab paper esok..doakan cik mai ye


Monday, July 9, 2012

Serabut tak abes lagi!

cik mai masih tidak boleh bersuka ria lagi kerana exam masih belum abis...cik mai teringat paper semalam..punya la hampeh!...apa yang kitorang belajar langsung tak sama dengan soklan exam...

Harapan cik mai semoga dapat lulus je paper tersebut..amin..

Friday, July 6, 2012

Oh My English! OST Music Video - Liyana Jasmay & Altimet

Jualan Tudung Aidijuma!


Jom Ramai ramai kita serbu....

Event: Masjid Duniaku
Tempat: Masjid Shah Alam ( Blue Mosque )
Masa: 9 pagi hingga 9 malam
Tarikh: 6, 7 & 8 Julai 2012

Jumpa di sana!!! :)





P/S - cik mai bukan penjual tudung AJ..cuma pemakai je..hehe..Kasi pormosi sikit tudung AIDIJUMA nie..

Thursday, July 5, 2012

Mr. fridge pliz be nice¡

semalam dia mula buat hal..tak sejuk langsung..ais batu pon mencair je..


dah la ayam baru je bli,tak pasal2 tumpang peti ais jiran sebelah umah..adoi, cik mai malas nak beli yang baru lagi sebab ingat dah pindah rumah baru nanti baru nak beli..tapi mengapa sekarang nie dia buat hal pulak...

Cik mai nak pegi hantar repair dulu, kalau tak okay baru beli yang baru....adoi...berapa banyak makanan kena buang gara2 dah tak elok dan tak boleh simpan lama..seperti kek dan nugget..huhu

Semalam paper account susah jugak..tapi cik berjaya menjawab semua soalan dan membuat FORMULA rekaan sendiri..haha..mesti pengsan pemeriksa tue nanti...takpe janji ada jawapan dan jalan kerja kan..betul atau tak belakang citer...hehe...






p/s - ada kaitan tak dengan peti ais rosak dengan bil elekrik yang melambung mahal bulan nie?..erm...

Wednesday, July 4, 2012

Alhamdulillah

Exam tadi cik mai dapat menjawab walaupun tidak dengan jayanye... dapat jawab 3 soalan dengan hasil gorengan yang agak melampau..haha...

Harapan cik mai adalah untuk exam besok pula..semoga dapat menjawab dengan jayanya..semoga dipermudahkan...

Kawan2 doakan cik mai ye...besok adalah exam ACCOUNT dan cik mai amat LEMAH subjek kira kira nie...

seram tapi mau pegi jugak amik exam...


Monday, July 2, 2012

Teringinnya nak makan maggi

Time2 camni la pulak boleh nak teringin makan megi...cik mai tengah berpantang makan megi nie..sebab nak EXAM..huhu..megi kan tak elok bagi minda kita..adoi...sedapnya kalo perkena megi kari time ujan ujan macam gini....

nak tahan ke tak nak...

air liur dah meleleh nie..

p/s : kenapa ada sesetengah orang suka hipokrit?

Saturday, June 30, 2012

simple hijab wrap V (tudung bawal)

Tutorial Tudung Bawal 'Gaya Simple'

Burger King RM 5.95



untuk pertama kalinya cik mai telah mencuba berger king nie..selama nie memang pandang sebelah mata je..haha..kejam kan,....

Tapi cik mai memang tak sangka SEDAP jugak BK nie..makna nya persepsi cik mai telah salah la selama nie...

Dulu kalau nak makan berger je..tempat yang paling best bagi cik mai adalah MCD..kalau ayam pulak sudah tentu la KFC...

Semalam cik mai makan Grilled Chicken burger..sedap jugak...korang try la pasti berbaloi2...Ayam dia memang terasa sedap sangat..


JOM SERBU BURGER KING!

CAWANGAN BK

MENU BK




Jiwa Tak Keruan

Minggu depan sudah final exam, tapi cik mai masih belum bukak buku pon lagi nie...seram tapi Malas..

First paper adalah paper account...tak tau la cik mai mampu menjawab nye atau tidak...

Wish me Luck ya kawan2..

Friday, June 29, 2012

Mimpi dapat BE

Fuyooo..malam tadi cik mai telah bermimpi mendapat BE...haha..mimpi tak nak kalah ye..itulah sebab semalam cik mai frust sangat terus dapat mimpi BE tue..Sebenarnya cik mai pon tak penah dapat BE lagi sebab blog pon suam suam kuku je..ada mood nak menulis ada lah entry dari cik mai..bila tiba time malas nak menulis..memang berhabuk terus blog KOPICAWAN ni...

Cik mai menulis blog nie untuk bercerita tentang diri cik mai, pastu kadang kadang cik mai luahkan perasaan kat blog nie...jadi nuffnang nie sekadar sampingan (tengok orang lain ada nuffnang..cik mai pon nak jugak..tapi tak reti pon sangat nuffnang nie...)

Tapi bila ek kita boleh dapat BE..nak berangan jap..kena cari lagi pasal nie...bila baca blog orang kadang2 dorang baru je berblog tapi dah dapat BE...cik mai pon baru jugak..takpe kena belajar lagi.....

p/s - nanti sambung lagi..cik mai kena attend kelas Oh my English!..maklumla lemah cakap omputih nie..hehe


Thursday, June 28, 2012

Qoute of the day!

“I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft.”
Bill Gates


Tidak semestinya kita gagal sekali kita akan gagal buat selamanya...kita mesti berusaha untuk menjadi lebih baik...dan yang paling penting walau bagaimana orang memandang rendah kepada kita, abaikan anggap ia adalah satu cabaran terhadap diri kita.

chaiyok cik mai!
© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul