Friday, October 19, 2012

Free Drypers Sudah!..

Alhamdullilah...Zameer dah free Drypers start bulan Oktober nie...Cik mai ajar dia on off, on off aje..takde masa nak ajar full time sebab jadual kelas yang padat..
Mula-mula memang haru biru jugak la, dengan Zameer yang tak reti nak tahan kencing terus je kencing..hehe..."Bila dia cakap je "mama nak kencing..dia terus kencing"..adoi...

Tapi sekarang Zameer dah reti tahan...bila nak kencing dia akan cakap " mama nak kencing, nak g toilet"..dia akan bukak seluar dan berlari ke toilet...

Itu satu...sekarang ni cik mai tengah ajar dia Potty train...cik mai belikan dia potty supaya memudahkan dia nak buang air besar, nak guna toilet bowl dia tak nak...dia gayat ngan ketinggian cam tu..takpe, slow and steady Zameer..

Zameer, mama harap awak akan berjaya untuk free dryper sepenuhnya..sebab sekarang ni mama masih pakaikan awak pamper bila mahu tidur (malam)..tidur siang tak pakai...bila berjalan area berdekatan rumah memang tak pakai..kalau jauh mama pakaikan awak pamper..sebab mama belum yakin 100% ..hehe...takpe kita sama-sama cuba nanti ye...InsyaAllah pasti boleh!

P/S - Liat benar nak bangun pagi untuk studi...Malas betul cik mai semester nie...

4 comments:

Tasao Yumiko said...

tahniah zameer...
cik mai.. smoga misi berjaya.. haha

Mrs JZizan said...

hehe..

Myra Jay said...
This comment has been removed by the author.
Myra Jay said...

InsyaAllah pelan2 pasti berjaya :D

© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul