Tuesday, November 6, 2012

Nak ke Taknak?


Cik mai dalam dilema sekarang ni nak ke tak nak wat PAP SMEAR...huhu..dengar citer orang sahaja dah cukup buat cik mai ngeri, apatah lagi mahu pegi klinik untuk menjalani ujian tersebut....Sebut sahaja pasal sakit..memang cik mai surrender...cik mai takut....nak-nak lagi dorang cakap kena masukkan benda alah yang macam kat bawah nie...muncung itik a.k.a SPECULUM..Haisshh...
Korang pernah ke wat PAP SMEAR ni..cik mai belum lagi..tapi disebabkan cik mai terbaca satu magazine..PAP SMEAR ni elok dibuat sebelum mengandung..jadi cik mai terpanggil untuk mengambil ujian tersebut...Yela, tahun depan cik mai plan nak peknen kan..jadi kena la amik ujian ni ...hoho....

BILA YANG SESUAI
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
(Sumber : InfoSihat)

KAT MANA NAK BUAT
  • Klinik kesihatan
  • Klinik desa
  • Hospital kerajaan
Kalau nak bayar :
  • Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga (FPA)
  • Klinik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
  • Klinik Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  • Klinik dan Hospital Swasta
Nampaknya cik mai kena pegi kat Klinik yang penah cik mai pegi untuk check up peknen..dorang dah ada rekod kita kan..huhu.....DEMC ATAU PMC ye?...

SILA BACA

2 comments:

Alin In D House said...

Takder aperlar mai bukan sakit nak bersalin pon... sikit jerk tak raser aper pon buatnyer pon kejap jerk. Alin da buat. Mesti Mai bole, nanti kiter pegi sama yer...

Myra Jay said...

Sama gak takut menguasai diri, tapi kena gak p buat demi kesihatan.. ;)

© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul