22 Oktober 2012
Selamat ulang tahun 2 tahun 10 bulan wahai Zameer...Bulan ni awak telah berjaya melepasi ujian tidak memakai pampers..Alhamdulillah...masih belum 100%, tapi 99% awak telah berjaya....
Bulan ni mama tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya buat awak,..maafkan mama sayang...Kekangan masa telah membuat mama terbatas untuk meluangkan masa berkualiti bersama awak....Setiap hari Sabtu, mama pergi bekerja..terima kasih sayang kerana sudi menemani mama ke ofis setiap hari Sabtu...Awak boleh bermain dengan Farisha jugak kan..
Setiap Ahad pula, mama ada kelas...memang takde masa untuk awak sayang...takpe pengorbanan mama ni untuk kita sekeluarga...semoga kita akan sentiasa dipermudahkan dalam apa juga keadaan....
Zameer,
Lagi 2 bulan awak akan melangkau ke usia 3 tahun...Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mama...Amin..
P/S - Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi, meriah la umah cik mai nanti.. :)
2 comments:
tahniah zameer manja.. hehe...
kesian mama zameer kerja keras.. berbuat baiklah dgn mama kamu bila besar nti agar dia sentiasa rasa dihargai...
:))
Semoga Zameer membesar menjadi anak yang soleh ye sayang :D
Post a Comment