Tuesday, December 27, 2011

Remia dan Kundang?

Cik mai agak konfius la...semalam jiran cik mai bagi buah KUNDANG...hehe...mula2 dia cakap tue cik mai cakap cik mai tak penah makan pon buah tue..hehehe...sekali bila dia bagi cik mai fikir2 punya fikir...cik mai tau nama buah nie..tapi kat kampung cik mai paggil nama lain..jenuh berpikir2...tak jugak ingat nama buah nie...hahha

pagi nie tanya pakcik Google baru ingat...kat kampung cik mai panggil buah remia....sekarang nie cik mai tak tahu la samada remia atau kundang adalah buah yang sama..hehehe

buahsetaq

p/s : janji sedap untuk dimakan...

Thursday, December 22, 2011

Alhamdulillah..2 Tahun

Selamat hari jadi bebe zameer kesayangan mama...awak dah 2 tahun hari nie...semoga bebe zameer akan menjadi anak yang baik dan sentiasa mendengar kata mama dan papa ye...mama dan papa sayang zameer....










PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN

Utusan Malaysia
22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

p/s - still confius..nasib melanda kami...

Monday, December 19, 2011

Gembira dan Sedih

Hari nie cik mai gembira sebab gaji cik mai naik..hehe..alhmadullilah...

Yang tak best nye cik mai tak dapat bonus...sedih...

Friday, December 16, 2011

Zameer Bebe Mama

Masa berlalu tanpa disedari...bebe Zameer da nak masuk 2 TAHUN 22 DISEMBER nie...aiyak!!..rasa macam baru je lagi melahirkan dia...ingat lagi dua tahun yang lepas, time2 camni cik mai tengah menGAGAHkan diri pusing2 taman tasik Shah Alam, Tasik Amcorp tue..kononnya nak mudah bersalin...almaklum la, PEMALAS!!...last minit baru nak berjogging..hehehe

21 DISEMBER 2009, Cik mai da ditahan kat spital...cik mai lom rasa nak beranak lagi tapi sebabkan da keluar sedikit darah doktor tahan wad..bosan betol masa tue...(sebelum pegi DEMC untuk cek bukaan brape dah sempat cik mai bedal roti canai....memang paberet betol la..hahaha)

Bila doktor da kata da bukak 3 cm cik mai pon terus pegi PMC Pantai..samapi je sana kena tahan wad, BOSAN!...jalan2 dalam spital tersebut, tapi bila petang dalam pukul 4.30 ptg, doktor telah memecahkan AIR KETUBAN...aiyak!!..memang sakit dan tak boleh nak jalan dah pas tue...SANGAT SAKIT!!

Cik mai memang tidak mampu untuk menahan kesakitan tersebut (Kagum pada seseorang yang melahirkan baby tanpa bius!..syabas pada BELIAU...)..Akibat tidak boleh tahan cik mai pon amik la EPIDURAL...Hehe..pada sesiapa yang nak bersalin anak sila baca...

Tunggu punya tunggu baby tak jugak keluar..belom time nye lagi..hehe..last2 pagi esoknya bebe zameer nak kuar....pada pukul 4 pagi cik mai da rasa sakit perut..bagitau misi..dorang call doktor..doktor sampai dalam pukul 4.15 pagi..cik mai rasa kejap sangat, doktor suruh push...kali pertama cik mai gagal..(manala reti..first time..)..kali kedua cik mai push betol2...terus bebe zameer kuar...kejap je 10 minit je proses kuar tue..(tapi menunggu nak bukak 10 cm lama giler kan..hahaha)...tobat la cik mai nak pegi spital awal2 pasni..erks..

Akhirnya selamat semuanya....walaupon hampir 2 tahun berlalu..semuanya masih baru..dan masih segar di ingatan cik mai......

p/s - orang cakap anak da 2 tahun leh ngandung lagik..yahooo!!!...

Demam yang Panjang...

Minggu lepas, cik mai satu famili dilanda demam...cik mai kena demam yang sakit urat tue...memang menyakitkan, terasa bagai dicucuk cucuk kat bahagian belakang badan cik mai nie...pening nye kepala toksah nak citer la, hidung sumbat lagi....

En asben lak..demam sampai kena sedut oksigen,..yelah sampai tak boleh nak bernapas..cian lak cik mai tengok dia....hehehe....

Bebe zameer pulak demam agaknya da nak masuk 2 tahun nie...dia memang kalo nak bertukar bulan je demam...ermm,,,,da nak 2 tahun dah anak mama..kejapnya masa berlalu.......

Sekarang nie kami semua dah okay...harap2 tak kena lagi demam yang sebegini...semua pengsan susah jugak....hehe

p/s - tahun nie tak wat bufday party untuk bebe zameer..mama beli adiah n bawak pegi jalan2 ok tak?

Tuesday, December 13, 2011

Dinner

Malam nie opis cik mai dinner, tapi cik mai tak dapat nak pegi..atas sebab berikut :
1. badan tak sedap lagi (baru baik demam)
2. Suami demam lagi (nak kena bawak g klinik lagi nie...da 5 ari demam tak kebah2)
3. Bebe zameer sape nak jaga (ingatkan nak suruh adik cik mai jaga, tapi dia pon demam teruk)..

Pada kawan2 cik mai bergembira la malam nie ye....Beshnye artis paberet cik mai lak tu tapi xda rezeki...

p/s - tengah pikir...ape nak MASAK BELUT yang mak mertua cik mai bagi..dia suh bagi en asben makan,..sesuai untuk orang yang ada asma...."aiyak cik mai geli nengok benda lah tue..camne nak masak..."

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu lalala..

Cik mai telah pegi menyaksikan cerita ini..dan cik mai agak berpuas hati dengan cerita ini, namun yang paling cik mai tak boleh tahan ialah cik mai MENAGIS okey..lalalala...keluar je  sakit sangat kepala cik mai nie...adoiyai.....

p/s - moh la g tengok..berbaloi2..

Sinetron Nada Cinta

Alamak kawan kawan alam maya cik mai semua!..cik mai telah terJATUH hati pada sinetron ini...sangat Best untuk ditonton..sampaikan sanggup tengok citer nie dari Tentang Dhia...Bagaimana kah ini?..hehe..

Nada Cinta adalah drama lipur lara muzikal yang ditayangkan di Indosiar yang diciptakan oleh MD Entertainment pada tahun 2011 pertama tayang mulai sejak tarikh Isnin, 17 Januari 2011 dengan lagu tema soundtrack yang diambil berjudul Nada Cinta memasang lagu soundtrack drama lipur lara Nada Cinta ini dipilih lagu berjudul sama yakni Nada Cinta yang penyanyikan vokal oleh Mikha Tambayong Feat. Randy Pangalila, Dewi Sandra dan Michella Puteri. Drama lipur lara ini dibintangi oleh Mikha Tambayong, Randy Pangalila, Olla Ramlan, Luna Maya, Primus Yustisio, Michella Puteri dan Dewi Sandra setiap hari pukul 7.00 petang. Sinetron ini akan ditayangkan di Malaysia di Astro Ria pada 27 September 2011, tayang setiap hari Isnin - Jumaat, pukul 06.30 petang.

Walaupon citer ini memang sesuai untuk remaja..tapi mak2 orang macam cik mai pon boleh je layan...cer baca SINOPSIS dia..

nak tau best ke tak...cer tengok...cer tengok...

p/s -

Wednesday, December 7, 2011

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2012

P/S - Adakah cik mai still akan dapat macam nie jugak?..erm...harap2 la...InsyaAllah...

SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam)

Semua orang sedang bercerita pasal Sistem saraan baru nie...adakah cik mai layak untuk mendapat nye?...huhuhu..jom kita terjah....

Boleh baca kat sini..jom ramai2 klik sini SBPA

Belum keluar lagi ye pekeliling nya ek?..nape yang ramai cakap naik gaji ye?..cik mai salu ketinggalan la..hehehe...SINI ADA JUGA

Saper2 yang tahu tue meh la update kat cik mai jugak.....

p/s - berangan kejap....

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu kah?

Disana sini ramai bebeno la yang memperceritakan kebest'an citer ini pada cik mai...best sangat2 kah?...cik mai bukan ape, kalau citer yang terlalu berat cam gini malas cikit nak pegi hehe..tapi bila dengar orang citer best kita pon rasa nak tau best ke?

Nak ajak en asben, memang tak dapat la wei...dia da siap belikan pemain video dirumah sejurus selepas perkahwinan kami...ini adalah kerana dia tidak mahu menonton wayang...leceh katanya...adoyai!..seingat2 cik mai la, kami penah tengok wayang selepas kawen sekali je...tu pon masa tengah mengandungkan bebe zameer...lama tak?..haaaa....cik mai kalau nak pegi tengok wayang harapkan simpati kawan2 je la.....nasib ada kawan2 yang leh jadi team meronggeng...hahaha...tenkiu cik ALIN..n TASHA...

P/S - HARUSKAH PEGI TENGOK??

Quran Explorer

Quran Explorer

Jom perbanyakkan baca surah al-ikhlas..
amin

Marilah Beli Jenama Malaysia!

Malam tadi pegi Mydin Subang, beli baju sekolah adik adik ipar cik mai..baju sekolah, kasut, alat tulis dorang...cik mai pon sempat menshopping kan alat tulis untuk diri sendiri..bukan ape dia jual banyak2 pastu rega murah..mata pon jadi rambang sekejap..hehehe....

Ingatkan mama je rambang mata tapi bebe zameer pon turut nak beg sekolah, book and color pencil..beli kan jugak..yelah dia tgk makcik n pakcik duk amik2 benda tue, dia pon xnak kalah..amik jugak....penin kepla cik mai..kat bahagian rak pencil box tu..huru hara dibuat bebe zameer..suma nak dikuarkannye.....

kitorang abis sopin dalam kul 10.30, lagi setengah jam Mydin nak tutup..hehe..tapi ramai je orang cik mai tengok...balik rumah masing2 lapo..cik mai masak la megi..layan jap malam2 makan megi...lalala...tido dekat pukul 1, AKIBATNYA bangun lambat, Punch card Merah..adoyai.....

P/S - Jom Beli Barangan Mydin (Duta Mydin Xberbayar)..hehe

Monday, December 5, 2011

Berpuasa Sunat 9 & 10 Muharram


Hari ni cik mai berpuasa sunat, bersempena hari Asyura'..Marilah bersama kita memperbanyakkan ibadah kita..insyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan kita...amin...Cik mai ada dapat cikit pengertian  Hari Asyura' dari beberapa blog yang berilmiah..jom kita berkongsi ilmu...

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿ÙˆَØ°َÙƒِّرْÙ‡ُÙ…ْ بِØ£َÙŠَّامِ اللَّÙ‡ِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Kredit dari Ini Jalanku


Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Assyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Assyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”.

(Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125)

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa RamadHan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharram). Seafdhal-afdhal solat selepas solat fardu ialah solat malam”.

Kredit kepada sini 


Boleh baca disini Jugak Islam Itu Indah

P/s - Sekian


 

Friday, December 2, 2011

Rutin Pagi setiap hari

Pagi pagi rutin cik mai sampai je opis...

sampai je kat meja..cek muka dulu...(hehe)..pastu turun LG1 beli makan pagi...pastu naik atas, sambil makan sambil layan website2 wajib tengok seperti di bawah..

1.BEAUTIFULNARA
2.ROTIKAYA
3.MEDIAMALAYA
4.MURAI
5.IZYAN
6.JOMSLAYAN
7.OHBULAN
8.UNCLE SEEKER

Korang macam cik mai tak..hehehe...sebelum memulakan tugasan, haruslah tahu pasal gosip terkini....

p/s - jom terjah blog2 di atas..besh...

Thursday, December 1, 2011

Korang dah Ke?

Korang dah mendaftar untuk megundi ke?..rasanya semua tahu.. tahun depan akan ada Pilihanraya kan, so korang tahu tak ape syarat2 untuk menjadi pengundi?...

Syarat-syarat Layak Mendaftar

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
 
(a)
seorang warganegara Malaysia;
(b)
telah mencapai umur 21 tahun;
(c)
bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d)
tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.  
 

Nak tahu lebih lanjut lagi??..jom masuk je website SPR   
 P/S - Cik mai muda lagi..erm...lalalala....                                                     




 

Ho Gaya Hai Tujhko To Pyaar Sajna-DDLJ Blu-Ray Song [HD]



layan lagu hindustan jap..hehehe

Disember sudah..

Alhamdulillah..da masuk bulan Disember ye...bulan depan dah masuk tahun baru ye kawan2....azam cik mai da tercapai bagi tahun nie...tahun depan wat azam baru pulak ye...azam tahun nie untuk memiliki rumah sendiri sebenarnya dari tahun 2009 lagi cik mai berazam, baru tahun nie dapat ditunaikan..hehehe..so, tahun depan punya azam maybe 2-3 tahun baru tercapai jugak...

p/s- jom kumpul harta...

Wednesday, November 30, 2011

CUTI CUTI MALAYSIA ~ CAMERON HIGHLAND

DAY 2 (27 NOVEMBER 2011)

Pagi2 da hujan..memang sejuk..rasa macam tak nak mandi je pagi tue..hehe...tengok jela kabus tebal cam gini....nak sambung tido je rasa sampai tengahari tapi sebabkan bufet breakfast tutup sampai kul 10.30 pagi..kena la bangun pagi untuk sarapan...


bebe zameer baru bangun...belom mandi lagi masa nie...

sebelom masuk sarapan,..amik gambo mek dulu..


pastu g ladang teh...punya la jem nak masuk sini..jalan sempit giler...


pokyi posing sikit...

adik ipar (mok dik n bebe zameer)

my lil famili...


mokdik n angah

amik gambo sendiri....hehe


papa n bebe zameer


malu2 amik gambo...








DAY 3 ( 28 NOVEMBER 2011)

bebe zameer makan coco crunch je..


nie cik mai..nie baru round 1...haha


pastu  g ladang stroberi...cuci mata saje...
















p/s - perasan x cik mai pakai tudung ungu je...tu je yang bawak tudung lain leh lak tertinggal...pakai baju ijau ,coklat,pink suma tudung ungu..nampak pelik tapi ada cik mai kisah..haha..color blocking la sangat....

CUTI CUTI MALAYSIA ~ CAMERON HIGHLAND

Hai semua...hari tue cik mai pegi bercuti ke Cameron Highland..bawak adik ipar n mak mertua makan angin..hehe...seronok sangat kat sana...cuaca takde la sejuk sangat tapi bila malam sangat la sejuk..mandi kena pakai air panas....layan la gambar2 cik mai and famili..heheh....

DAY 1 (26 NOVEMBER 2011)
Baru sampai...rilek jap..

jom g cari makan..lapo la wei...

hi...ini  adik2 saya tau...hehehe

tomei tak selipar angry  bird kami!


gambo famili en asben...


mummy n bebe zameer

adik bongsu en asben (pok yi)

mek

angah n pokyi


adik ipar (ira) n asben

adik ipar (jeli)

makan steamboat...sedap la....

p/s - kualiti gambo kureng...huhu pakai henpon je ...
© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul