Monday, December 5, 2011

Berpuasa Sunat 9 & 10 Muharram


Hari ni cik mai berpuasa sunat, bersempena hari Asyura'..Marilah bersama kita memperbanyakkan ibadah kita..insyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan kita...amin...Cik mai ada dapat cikit pengertian  Hari Asyura' dari beberapa blog yang berilmiah..jom kita berkongsi ilmu...

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Kredit dari Ini Jalanku


Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Assyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Assyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”.

(Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125)

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa RamadHan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharram). Seafdhal-afdhal solat selepas solat fardu ialah solat malam”.

Kredit kepada sini 


Boleh baca disini Jugak Islam Itu Indah

P/s - Sekian


 

2 comments:

Myra Jay said...

Selamat Berpuasa ye Cik Mai..

Myra terlepas pulak :)

wardah @ fie shah said...

Selamat berpuasa Cik mai!

© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul