Skip to main content

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan mental dan fizikal....

 Makanan Tambahan

Sesetengah orang akan mula mengambil ASID FOLIK, SUSU dan Suplimen tambahan yang lain....dulu, cik mai minum Enfamama..konon nye la nak bagi hormon ibu tu ada..hehe...okayla...kita cuba je petua yang orang bagi kat kita....

Persetujuan Suami Isteri

Suami isteri kena la sepakat dalam hal2 macam ni...en asben cik mai setakat ni okay je, malah dia memang nak ada baby lagi..dia cakap nanti Zameer buli adik dia kalau dia dah besar baru nak dapat adik..entah la..mama ikut je...hehe..

Kalkulator Kehamilan

Ha..kita kena la pandai kira kalkulator ni..hehe..cik mai nak praktikkan semula seperti mana macam cik mai buat dulu masa kehamilan yang pertama...Semoga berjaya...Hehe..

JOM BACA KAT BLOG DI BAWAH

annaaimi07
RATUHATI
lactamilmama.com
babycenter
http://duniasusuibu.com/
http://susuibu.com/v2/

P/S - Cik mai ni seorang yang suka merancang...tapi tak suka nak melaksanakan...haha...suka buat sekerat jalan...macam pil perancang, masa mengandungkan Zameer cik mai dah survey dan dah pilih mana yang terbaik..last2 makan sekerat jalan..haha...

Comments

Myra Jay said…
Wahhh BTW tahniah in advance kalau dah ada ye..

Myra doakan untuk Cik Mai ;)
zunika hadenan said…
setakat tulis entry bek x yah..hahahaaa..cube laksanakan terus
Momma AA said…
helo cik mai.. huhu.. x sabar nak tgk u peknen.. haha...

amalkn pemakanan yg sihat ok.. jgn la tunggu lama2 sgt cik mai.. sat gi terbersalin tahun 2014 pulak.. camne tu????

:p
Hihi..semoga ada rezeki Cik Mai..insyaAllah..
Cik Mai said…
hehe,...thanks u all..tunggu next year ye...

P/S - Myra, fie , tasha...jom la together2..hehe

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI