Monday, January 27, 2014

Sekadar Renungan

Kita jangan terlalu mendongak ke atas, kerana kita akan jadi lupa dengan apa yang ada di bawah... begitulah lumrah kehidupan....

Kadangkala kita merasakan orang lain mempunyai banyak keistimewaan berbanding kita, tapi kita lupa, bahawa ada orang lain yang memandang kepada kita dan berkata " bertuahnya dia punya segalanya"...
Kita sering lupa, kerana terlalu memandang jauh ke hadapan, sedangkan di depan mata kita banyak yang kita terlepas pandang...aduh naifnya kita...alpanya kita...

Kesenangan, kegembiraan yang kita ada ini bukan hanya untuk kita...kita patut berkongsi dengan mereka yang tidak punya apa... masih menanti..terus menanti untuk menjadi seperti kita barangkali..

Jangan bezakan diri kita dengan mereka yang lebih sempurna, kerana itu akan menjadikan kita cemburu terhadap mereka...Adalah lebih baik jika kita mensyukuri NikmatNya...Lihat kepada mereka yang kurang dari kita..insafi diri...letakkan pula diri kita di tempat mereka...pasti rasa bersyukur itu lebih berharga buat kita...

Hati yang sentiasa rapuh perlukan ubatnya....peliharalah hati kita...sentiasa bersyukur dan menghargai segalanya disekeliling kita...


InsyaAllah..Ketenangan akan menjadi milik kita...

Thursday, January 23, 2014

Kalendar Cina

Erm..menarik jugak kan kalendar cina ni..kalau ikutkan tahun ni potensi untuk cik mai dapat baby gurl tu cerah...InsyaAllah kalau ada rezeki...

Kita kena berusaha dan tawakal aje...

Jom korang test la kat kalendar ni jantina baby korang..saje suka2...Allah maha mengetahui..

Jom klik aje kat gambar bawah ni cik mai dah link kan terus ke kalendar cina tu...

jangan terlalu pecaya..untuk suka-suka dan mengisi masa lapang boleh la...


Wednesday, January 22, 2014

Kegemaran

Zameer tidak boleh dipisahkan dengan lori, tacktor beliau...
Itulah kegemaran beliau..
Dari kecik sampai la sekarang ni...
Penuh bilik mainan dengan pelbagai jenis lori beliau...
Lori sampah, lori kontena, bomba, dan jentera pembuatan bangunan tu...
nak menulis pon mama tak berapa nak reti..hehe...

Selamat hari lahir sayang mama...

22/01/2014

4 tahun 1 bulan.

Mama dan papa sentiasa sayang awak!



layan gambar beliau...

P/S - Dapat baby Disember pun best jugak kan..hehehe...

Tuesday, January 21, 2014

Pengaruh TV

Zameer ni banyak btoi tengok tv..bila dia dapat pegang pensel dan kertas dia mula lukis gambar kartun...
Layan gambar kartun ni...
Oggy using toilet katanye...hehe..
© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul