Monday, January 27, 2014

Sekadar Renungan

Kita jangan terlalu mendongak ke atas, kerana kita akan jadi lupa dengan apa yang ada di bawah... begitulah lumrah kehidupan....

Kadangkala kita merasakan orang lain mempunyai banyak keistimewaan berbanding kita, tapi kita lupa, bahawa ada orang lain yang memandang kepada kita dan berkata " bertuahnya dia punya segalanya"...
Kita sering lupa, kerana terlalu memandang jauh ke hadapan, sedangkan di depan mata kita banyak yang kita terlepas pandang...aduh naifnya kita...alpanya kita...

Kesenangan, kegembiraan yang kita ada ini bukan hanya untuk kita...kita patut berkongsi dengan mereka yang tidak punya apa... masih menanti..terus menanti untuk menjadi seperti kita barangkali..

Jangan bezakan diri kita dengan mereka yang lebih sempurna, kerana itu akan menjadikan kita cemburu terhadap mereka...Adalah lebih baik jika kita mensyukuri NikmatNya...Lihat kepada mereka yang kurang dari kita..insafi diri...letakkan pula diri kita di tempat mereka...pasti rasa bersyukur itu lebih berharga buat kita...

Hati yang sentiasa rapuh perlukan ubatnya....peliharalah hati kita...sentiasa bersyukur dan menghargai segalanya disekeliling kita...


InsyaAllah..Ketenangan akan menjadi milik kita...

2 comments:

Fifi Nadhrah said...

salam kenal dari fifi..

betul sangat ape yang ditulis.. kadang2 kite tak rase nikmat yang ade dekat kite.. sibuk pandang nikmat orang lain.. :(

Myra Jay said...

Jom kita beristighfar supaya dapat membersihkan hati, insyaALlah :)

© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul