Wednesday, December 7, 2011

SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam)

Semua orang sedang bercerita pasal Sistem saraan baru nie...adakah cik mai layak untuk mendapat nye?...huhuhu..jom kita terjah....

Boleh baca kat sini..jom ramai2 klik sini SBPA

Belum keluar lagi ye pekeliling nya ek?..nape yang ramai cakap naik gaji ye?..cik mai salu ketinggalan la..hehehe...SINI ADA JUGA

Saper2 yang tahu tue meh la update kat cik mai jugak.....

p/s - berangan kejap....

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu kah?

Disana sini ramai bebeno la yang memperceritakan kebest'an citer ini pada cik mai...best sangat2 kah?...cik mai bukan ape, kalau citer yang terlalu berat cam gini malas cikit nak pegi hehe..tapi bila dengar orang citer best kita pon rasa nak tau best ke?

Nak ajak en asben, memang tak dapat la wei...dia da siap belikan pemain video dirumah sejurus selepas perkahwinan kami...ini adalah kerana dia tidak mahu menonton wayang...leceh katanya...adoyai!..seingat2 cik mai la, kami penah tengok wayang selepas kawen sekali je...tu pon masa tengah mengandungkan bebe zameer...lama tak?..haaaa....cik mai kalau nak pegi tengok wayang harapkan simpati kawan2 je la.....nasib ada kawan2 yang leh jadi team meronggeng...hahaha...tenkiu cik ALIN..n TASHA...

P/S - HARUSKAH PEGI TENGOK??

Quran Explorer

Quran Explorer

Jom perbanyakkan baca surah al-ikhlas..
amin

Marilah Beli Jenama Malaysia!

Malam tadi pegi Mydin Subang, beli baju sekolah adik adik ipar cik mai..baju sekolah, kasut, alat tulis dorang...cik mai pon sempat menshopping kan alat tulis untuk diri sendiri..bukan ape dia jual banyak2 pastu rega murah..mata pon jadi rambang sekejap..hehehe....

Ingatkan mama je rambang mata tapi bebe zameer pon turut nak beg sekolah, book and color pencil..beli kan jugak..yelah dia tgk makcik n pakcik duk amik2 benda tue, dia pon xnak kalah..amik jugak....penin kepla cik mai..kat bahagian rak pencil box tu..huru hara dibuat bebe zameer..suma nak dikuarkannye.....

kitorang abis sopin dalam kul 10.30, lagi setengah jam Mydin nak tutup..hehe..tapi ramai je orang cik mai tengok...balik rumah masing2 lapo..cik mai masak la megi..layan jap malam2 makan megi...lalala...tido dekat pukul 1, AKIBATNYA bangun lambat, Punch card Merah..adoyai.....

P/S - Jom Beli Barangan Mydin (Duta Mydin Xberbayar)..hehe

Monday, December 5, 2011

Berpuasa Sunat 9 & 10 Muharram


Hari ni cik mai berpuasa sunat, bersempena hari Asyura'..Marilah bersama kita memperbanyakkan ibadah kita..insyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan kita...amin...Cik mai ada dapat cikit pengertian  Hari Asyura' dari beberapa blog yang berilmiah..jom kita berkongsi ilmu...

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Kredit dari Ini Jalanku


Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Assyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Assyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”.

(Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125)

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa RamadHan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharram). Seafdhal-afdhal solat selepas solat fardu ialah solat malam”.

Kredit kepada sini 


Boleh baca disini Jugak Islam Itu Indah

P/s - Sekian


 
© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul