Showing posts with label JameelaZaheera. Show all posts
Showing posts with label JameelaZaheera. Show all posts

Monday, July 24, 2017

Fasa Drop yang amat menyedihkan mama

Nur Jameela Zaheera mama yang disayangi,

mama minta maaf banyak-banyak kerana mama tidak mampu lagi untuk menghasilkan titisan emas setara dengan kehendak awak...

susu yang mama dapat hanya lah separuh dari keperluan awak.. mama tidak mahu awak lapar dan menangis, mama terpaksa campurkan susu Formula.. mama harap awak akan serasi dengan FM..

Sedih.

24072017

Wednesday, August 3, 2016

BreastFeeding

Assalamualaikum suma...

moga kita semua di bawah lindungan Nya,

sekarang ni mamaZameer&Jameela masih lagi belajar dalam penyusuan anak..dulu memang takde langsung terlintas di kepala mamaZameer&Jameela akan menyusukan baby..hihi..awai-awai lagi dah cakap jenis takde susu..dan hasilnya qeqe Zameer hanya dapat menyusu selama 6 bulan sahaja, dalam pantang lagi dah mula campur susu tepung ye..ciiiaan anak mama..dulu mamaZameer&Jameela kasi qeqe Zameer minum susu Anmum,. tapi untuk meimei Jameela, alhamdulillah mama dapat kasi susu paling mahal..titisan emas..Syukur padamu Ya Allah..moga dapat lah menyusukan selama 2 tahun dan lebih....

Rutin harian mamaZameer&Jameela mengepam di opis sebanyak 3-4 kali. Cukuplah untuk demanad meimei Jameela. Demand meimei Jameela sehari dalam 18oz, mamaZameer&Jameela bekalkan 6 botol 3 oz pada pengasuh. mamaZameer&Jameela pam kat opis dapat la dalam 15-16 oz..jadinye mamaZameer&Jameela kena la pam sekali lagi kat rumah..untuk mencukupkan demand meimei Jameela. InsyaAllah yang penting kena positif.

Mula-mula dulu rasa kekok juga sebab suma nie baru bagi mamaZameer&Jameela..lama-lama dah biasa..senang je..hihimamaZameer&Jameela pakai Freemie + Malish Ilaria, setakat ni memang sangat3 membantu..kat rumah mamaZameer&Jameela akan Marmet bagi mengasah skill bagi lagi pandai..Pam mamaZameer&Jameela tinggalkan kat opis je.

Cara Penyimpanan susu sume atas bantuan dan sokongan dari BFF mamaZameer&Jameela..Momma2AA dan Mama Alin, Tenkiu U all...masa awal-awal mamaZameer&Jameela takde sape support BF..uall sentiasa ada untuk support mamaZameer&Jameela...hugs & kiss..

Yang terharunya, incik suami mula membuka mata tentang BF ni..beliau makin mahir dalam pengendalian EBM untuk meimei Jameela. Alhamdulillah..beliau mula memberi sokongan sepenuhnya..walaupun pada awalnya beliau tidak yakin langsung mamaZameer&Jameela akan fully BF meimei Jameela...bini dia kan suka hangat2 tahi ayam..tu sebab incik suami macam tak percaya..tapi dalam bab ni mamaZameer&Jameela akan berjanji untuk bersungguh-sungguh..
insyaAllah.

ooopsss..kena sambung kendian..bos lalu da...


Bye..

love,

mamaZameer&Jameela

Thursday, July 14, 2016

Jameela 6 Bulan

14.7.2016

Alhamdulillah genap enam bulan anak mama hari ni. Setakat ni masih fully bf. Semoga anak mama dapat bf sampai 2 tahun. InsyaAllah.


Friday, May 20, 2016

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.

Kisahnya bermula,

13.Januari.2016

Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.

Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 12.45 am adik ipar sampai kami bergegas ke hospital. Mujur Hospital Columbia Asia Bukit Rimau dekat aje ngan rumah 10 minit dah sampai.

Sampai je kat Emergency terus register dan di bawa ke Labour room. Nurse setting2 apa yang patut sementara En Asben register dan kena bayar deposit. Hospital Columbia Bukit Rimau kena bayar deposit RM 4000.00 untuk bersalin ye kawan-kawan. Mama ZJ berdebar sementar menunggu en asben naik. Dah siap tukar baju semua, perut memang makin memulas. Nurse call doktor Sharina, sementara tunggu doktor memang risau sangat. Risau bersalin tanpa doktor..hihi..Masa ni dah pukul 1.00 pagi, bukaan dah sebanyak 5-6 cm..darah keluar makin banyak.

Penantian yang menyiksakan..sakit nya pinggang macam nak patah, dulu mama ngelat hihi sebab amik epidural memang tak rasa sakit...pukul 2.30 pagi memang dah tak tahan sangat sakit..nurse ajar teknik pernafasan untuk tahan sakit..tapi hanya tuhan saje yang tahu betapa sakitnya perut mama..pukul 2.50 camtu, nurse cek dah bukak 8cm, tiba-tiba air ketuban pecah..masa ni hanya tuhan je yang tahu camne perasaan mama ZJ. .Tepat pukul 3 pagi doktor sampai, terus duduk depan mama, baby pun dah tak sabar nak keluar..Alhamdulillah dua kali teran keluarlah baby girl sorang ni...Alhamdulillah...doktor tekan perut tiba-tiba rasa uri nak terkeluar, rasa heaven je..bila uri tu keluar..panas je...dulu memang tak rasa semua ni...

Alhamdulillah..lega rasa bila baby dah keluar, selesai jahit menjahit..baby pun dah dicuci..mama pegang baby..seronoknya rasa...suka sangat masa ni..lepas tu baby di bawa ke nurseri..mama pula di transfer ke wad..semua proses berjalan dengan lancar..bila dekat wad tu mama tak boleh berehat pun, baby di hantar balik kat mama..sebab baby menangis kuat sehingga menggangu baby yang lain kata nurse..hihi Jameela oh Jameela...

Akhirnya 14. Januari 2016 dapat lagi seorang anak..Alhamdulillah...Tahnk You Allah..

Kos Bersalin di Hospital Columbia Bukit Rimau (2hari 1 malam) adalah sebanyak RM 3700++, Untuk baby pula 700++.Total semua dalam RM 4500.00. Semua okay..layanan memang terbaik..

15. Januari 2016


Baby Jameela balik rumah sendiri..Bermula la aktiviti berpantang..


next stori la pulak ye..letih tangan mama ni ha..

to be continued.

Love,

Mama Zameer&Jameela.


© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul