Saturday, September 15, 2018

Ceramah Anak pada Mak

Pada sabtu yang hening begini, mamaZJ nak pegi brekfes ngan anak-anak. Tiba-tiba Zameer bertanya mamaZJ . MamaZJ pun jawab lah sambil memandu kereta.

ZH;  Mama tau tak hari Kiamat

M  : Tau la Zameer.

ZH: Mama tau tak, Hari Kiamat akan berlaku pada hari jumaat, cuba mama tengok sekarang ni. Di  dunia, kematian yang mendadak adalah tanda dunia nak kiamat.

M : Erk??

ZH: Tula mama, saya rasa mama kena belajar tentang Kiamat. Mama dulu tak sekolah agama ke?

M : Mama skolah omputih la Zameer..huhu..

Pastu Krik..krik..krikk..


Sampai kedai makan, sambil tu mamaZJ pikir, hurm untung jugak bagi anak belajar sekolah agama. Kadang-kadang kita pun boleh belajar dari mereka. MamaZJ ni kadang-kadang lalai. Kita sibuk dengan urusan kerja, dunia..tapi Bekalan Akhirat tak penah kita pikirkan..hurm...

P/S - Mama suka dengar bila anak mama hafal surah. sejuk perut ibu nak.





© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul