Pada sabtu yang hening begini, mamaZJ nak pegi brekfes ngan anak-anak. Tiba-tiba Zameer bertanya mamaZJ . MamaZJ pun jawab lah sambil memandu kereta.
ZH; Mama tau tak hari Kiamat
M : Tau la Zameer.
ZH: Mama tau tak, Hari Kiamat akan berlaku pada hari jumaat, cuba mama tengok sekarang ni. Di dunia, kematian yang mendadak adalah tanda dunia nak kiamat.
M : Erk??
ZH: Tula mama, saya rasa mama kena belajar tentang Kiamat. Mama dulu tak sekolah agama ke?
M : Mama skolah omputih la Zameer..huhu..
Pastu Krik..krik..krikk..
Sampai kedai makan, sambil tu mamaZJ pikir, hurm untung jugak bagi anak belajar sekolah agama. Kadang-kadang kita pun boleh belajar dari mereka. MamaZJ ni kadang-kadang lalai. Kita sibuk dengan urusan kerja, dunia..tapi Bekalan Akhirat tak penah kita pikirkan..hurm...
P/S - Mama suka dengar bila anak mama hafal surah. sejuk perut ibu nak.