Wednesday, July 26, 2017

Masih berjuang walaupun pahit

Salam semua,

Doakan mamaZJ ye,..masih lagi pejuang susu..

Susu yang drop dengan sangat drastik, selalunya demand Jameela 12oz, mamaZJ akan dapat banyak itu, tapi sejak Cik P datang menjelma, susu drop sangat-sangat..

Pam akan dapat 6oz sahaja, dimana demand tidak cukup dan Jameela akan mengamuk di rumah ibu ;'(.. sedih rasane.. tak tahu macam mana nak di gambarkan..

Minggu ni mamaZJ bawa balik pam dan tambah 2 sesi pam di rumah bagi cukupkan demand Jameela.. Pengorbangan masa rehat dan tidur demimu anak...


Perjalanan BF ini masih berbaki lagi 180 hari, semoga mamaZJ kuat dan terus cekal ye semua...

MamaZJ baru tahu bukan mudah sebenarnya kita nak menyusukan anak selama 2 tahun, banyak pahit getir dia..susu drop tiba-tiba.. mama-mama yang diluar sana kalau ada yang sama macam mamaZJ jangan terus putus asa ye.. kita kena usaha dan terus berusaha demi titisan Emas...


Air mata yang tumpah sahaja menjadi peneman dikala susu drop ini...


Nanti mamaZJ cerita lagi ye..


Love,

MamaZameerJameela


Monday, July 24, 2017

Fasa Drop yang amat menyedihkan mama

Nur Jameela Zaheera mama yang disayangi,

mama minta maaf banyak-banyak kerana mama tidak mampu lagi untuk menghasilkan titisan emas setara dengan kehendak awak...

susu yang mama dapat hanya lah separuh dari keperluan awak.. mama tidak mahu awak lapar dan menangis, mama terpaksa campurkan susu Formula.. mama harap awak akan serasi dengan FM..

Sedih.

24072017
© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul