Kencing kotor nie bukan lah satu penyakit yang ganjil..ianya memang selalu terjadi pada suma orang.....Cik mai sendiri banyak kali kena hehehe...salunya kalau kena tue maybe Cik mai xminum air putih dengan banyaknya...dan selamba je minum air kaler (kopi,milo,teh,dll) dan juga malas nak g toilet...hehe...opis nie toilet sikit punya jauh...kena wat satu lencongan baru leh sampai..mari kita tengok adakah sebab diatas menyokong kepada penyakit KK ini?..ataupon andaian Cik mai ini tidak benar belaka..hehehe...
...
Kencing Kotor (U.T.I)
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan sendiri
- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.
Ha....kawan2 jangan main2 ye ngan kencing kotor nie...kalau kena cepat2 jumpa doctor okies...hehehe..nanti dapat ubat cam nie ha....
No comments:
Post a Comment