Monday, January 13, 2014

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...

hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..

Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...

Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...



Ni la dia rupa dapur comei Cik mai, siap ada model cilik lagi..hehe...kecik je dapur Cik mai ni bentuk L...


Cukup la ruangan untuk Cik mai masak kat dapur ni...

Nampak kan ke tindakpandaian Cik mai mengemas...

Cik mai ni simple je, janji senang nak di capai barang-barang untuk masak kira dah okay..
Bekas bawang Cik mai bubuh dalam bekas purple tu..garam, kunyit pulak dalam bekas pink yang comei-comei tu..siap ada sudu..senang cikit ...


Rice cooker dan kettle Cik mai letak sekali senang..

Lagipun gula,teh , milo dan etc suma kat kabinet atas..senang nak bancuh air....

Microwave pulak Cik mai letak atas Kaunter bar...Sorang-sorang je dia..hehe..sebab jarang digunakan...
Tada...


amik, punya la malas..beli barang campak-campak je dalam kabinet..tak tersusun langsung..

gambar yang bawah tu cik mai dah susun sikit..kemas la..

nak beli pengepit yang kedap udara tu..tapi nanti dulu..masukkan dalam Wishlist cik mai yang berjela-jela ni...

Banyak benda yang Cik mai nak beli, tapi kewangan menjadi penghalangnye...

Takpe nanti ada lebihan Cik mai akan beli juga segala senarai Wishlist tu...InsyaAllah..
Ni pun sama, main campak je...


Ni stok barang kering..tak complete pun sebab bulan lepas tak beli barang..ni stok bulan yang sebelum-sebelumnya...
Cik mai memang dah terbiasa, walaupun barang yang kita nak guna tu ada..dalam stor barang kering mesti kena ada stok jugak..paling tidak 1..senang bila nak je stok tu ada tak terputus...




Sekian..nanti lepas ni Cik mai nak kongsi susun atur yang lain pulak...

kalau ada yang nak bagi idea pun, silakan...

boleh Cik mai ubah suai lagi Dapur comei Cik mai ni...




P/S - Nak bercuti...

3 comments:

Fara Dilot said...

rak kecik tok letak serbuk2 garam2 tu comel2.. dapo saya takde ruang dah nak letak.. simpan lam peti ais jek.. hoho

NADIA ISMAIL said...

Salam cik mai...

Mmg peningkan kalau nak susun2 ni...dua tiga kali susun pun masih tak puas hati. Huhu...

Takpe...yg penting ader kemahuan. Dapur besar atau kecil tak menjadi masalah...asalkan kemas dan bersih.

Salam perkenalan dr saya....kalau rajin bole jengah blog saya. Masih baby lg blog saya tu...bole kita share2 idea. :-)

iluvmyfamily2012.blogspot.com

hanum syahirah said...

Tersusunnya ruang dapur cik mai!!

Setiap kali hanum susun ruang dapar, mesti cik abg penin asyik berubah kedudukan je

Salam perkenalan cik mai :)

http://www.mommiesjourney.blogspot.com

Best Friend sudah mari

setahun 4 bulan .