Sunday, November 23, 2014

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran

Alhamdulillah sudah 5 hari cik mai berpantang..sebenonyer konfius jugak baper hari tempoh pantang lepas gugur ni..hihi..dok la mengoogle..macam-macam jawapan yang telah ditemui..pilih ajer...ada yang cakap 14 hari,30 hari,44 hari,100 hari...banyak kan..hihi...

Mak mertua cik mai suruh berpantang selama 30 hari...demi menjaga kesihatan diri ku turutkan pantang selama itu...kena pantang makan dan bersama pun tidak boleh yer...sabo, tunggu hari ke 31 ye encik asben yang disayangi :)

Cara berpantang cik mai simple aje..maklumlah berpantang sendiri...memandangkan emak mertua tidak sihat,cik mai tak mau susahkan beliau...tapi emak mertua da bagitau lah cara dan makanan yang boleh cik mai makan...

Menu - ikan bakar dan nasi panas (en.asben beli ikan selar)..oklah hari-hari makan menu ni...tak boleh makan dengan lada hitam atau halia sebab masa berpantang selepas gugur kita tidak boleh terlalu panas sejuk pon tak boleh tau...

Mandi - air rebusan serai wangi,daun lengkuas (nasib baik cik mai memang tanam benda ni kat kebun kecik cik mai,jadik petik ajer dan rebus)..kena mandi selama sebulan..

Bertungku & berurut - mak mertua cik mai cakap tidak perlu..so i follow aje...

Minyak angin - Cik mai rasa macam banyak angin aje jadi cik mai lumur minyak kayu merah satu badan...(sedap panas je badan..hangat pijo kata orang perak)...kat sendi-sendi dan tulang belakang cik mai sapu Counterpain...memang berangin...kat perut pulak sapu krim Felinna (nak slimkan perut kikiki)....memang best....

Wajib berstokin dan baju lengan panjang - aduh ni yang paling tak tahan..cuaca panas pakai plak camni...sabo jela...pakai kipas ajer aircond tak boleh..huhu

Biskut & milo & kopi - time petang atau time lapo cik mai makan ni ajer..(lapo je perut ni..entah kenapa..dah makan pun lapo lagi rasa dah baca Bismillah hihi..)

Itu je cara cik mai berpantang...thanks to my MIL n maksu..kerana banyak bagi tips untuk berpantang ni..InsyaAllah cik mai akan berpantang dengan baik...

Last but not least, special thanks to my love a.k.a en.asben( dia bukan baca pun blog cik mai ni hihi)...bangun pagi rebus air untuk mama mandi, bakar ikan..siapkan semua untuk mama sebelum pergi kerja....balik kerja rebus air mandi balik,masak nasi..bakar ikan..make sure mama makan before pukul 7pm..masak pulak untuk papa dan Zameer...penat kan..hihi..tapi takde merungut...terima kasih banyak-banyak... :)

Syukur pada Allah..semoga Allah memberkati semua yang mendoakan cik mai dan yang banyak bantu cik mai sepanjang tempoh ini...Amin...

Thursday, November 20, 2014

Tiada rezeki Zameer Beradik

19/11/2014

2.00a.m keluar seketul darah sebesar hati ayam
3.00a.m keluar lagi ketulan darah agak besar dari tadi
5.45pagi keluar seketul lagi sebesar tapak tangan

Pegi DEMC doktor sahkan rahim dah kosong..

Tak perlu dnc..cuma makan ubat..doktor cakap darah akan keluar macam period..28/11 ini scan semula nak tengok keadaan rahim...

Doktor cakap dengan cik mai jangan sedih...keguguran ni jadi bukan sebab masalah rahim atau salah permakanan..baby itu sendiri yang tak sihat (baby hanya berusia 6minggu setiap kali scan walaupun ada heartbeat).

Doktor cakap lagi boleh try to conceive selepas satu kali cycle period..tapi terpulang kepada kita..pantang pun doktor cakap tak perlu janji makan berkhasiat..tapi selalunya orang akan berpantang jugak dalam masa 14 hari..

Alhamdulillah semua sudah selesai...sakit sebelum keluar darah tu masih cik mai teringat..sakit macam contraction...nak tido pun tak boleh..pinggang rasa macam nak patah..perut memusing-musing dan mencengkam...sakit sangat...patutlah orang cakap gugur lagi sakit dari bersalin...

Sekarang ini tempoh berpantang :)..berpantang sendiri di rumah..  

Okies nanti sambung lagi...cik mai nak rehat dulu...bye..

© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul