Monday, January 13, 2014

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...

hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..

Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...

Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...



Ni la dia rupa dapur comei Cik mai, siap ada model cilik lagi..hehe...kecik je dapur Cik mai ni bentuk L...


Cukup la ruangan untuk Cik mai masak kat dapur ni...

Nampak kan ke tindakpandaian Cik mai mengemas...

Cik mai ni simple je, janji senang nak di capai barang-barang untuk masak kira dah okay..
Bekas bawang Cik mai bubuh dalam bekas purple tu..garam, kunyit pulak dalam bekas pink yang comei-comei tu..siap ada sudu..senang cikit ...


Rice cooker dan kettle Cik mai letak sekali senang..

Lagipun gula,teh , milo dan etc suma kat kabinet atas..senang nak bancuh air....

Microwave pulak Cik mai letak atas Kaunter bar...Sorang-sorang je dia..hehe..sebab jarang digunakan...
Tada...


amik, punya la malas..beli barang campak-campak je dalam kabinet..tak tersusun langsung..

gambar yang bawah tu cik mai dah susun sikit..kemas la..

nak beli pengepit yang kedap udara tu..tapi nanti dulu..masukkan dalam Wishlist cik mai yang berjela-jela ni...

Banyak benda yang Cik mai nak beli, tapi kewangan menjadi penghalangnye...

Takpe nanti ada lebihan Cik mai akan beli juga segala senarai Wishlist tu...InsyaAllah..
Ni pun sama, main campak je...


Ni stok barang kering..tak complete pun sebab bulan lepas tak beli barang..ni stok bulan yang sebelum-sebelumnya...
Cik mai memang dah terbiasa, walaupun barang yang kita nak guna tu ada..dalam stor barang kering mesti kena ada stok jugak..paling tidak 1..senang bila nak je stok tu ada tak terputus...




Sekian..nanti lepas ni Cik mai nak kongsi susun atur yang lain pulak...

kalau ada yang nak bagi idea pun, silakan...

boleh Cik mai ubah suai lagi Dapur comei Cik mai ni...




P/S - Nak bercuti...

Wednesday, January 8, 2014

Lampu Punya Cerita

Salam Semua..
Hari ni nak citer pasal lampu la pulak...jangan marah ye...
Rumah Cik mai pakai lampu yang macam kat gambar bawah ni yang tengah-tengah tu, RM 18..kenkononnye nak lawa la sangat, canggih dari lampu kalimantang yang biasa tu kan...
Memang comei...cantik berseri je rumah Cik mai dengan lampu ni...
TETAPI...


Sambung disini..

Cukup je 7 bulan Cik mai menggunakan lampu ni...boleh pulak mentol dia terbakar...kalau satu takpe la jugak u all, ini semua..repeat..semua!..
Oh stress!..dan mengundang amarah betoi la lampu ni..
Tula, maybe dia ada limit untuk penggunaan mentol ni...
Lampu cantik maintenance MAHAL...
Ayooo...

Satu set tu ada 2 mentol...
So, pegi la kami mencari di kedai lampu untuk gantikan mentol yang tebakar tu...
rumah Cik mai ada 5 set lampu ni, bermakna kena beli 10 biji mentol la kan?..
Pegi kedai kat area rumah je masa tu...Bila tanya pekerja tu sebiji mentol tu berapa RM?..
Sekali dia cakap satu biji mentol bersamaan RM 10..erk, mahai gak ye...bila beli 1 set murah je..rupanya bila beli asing mahai...huhu...

Cik mai tak puas hati lagi ni..terus ajak Cik asben pegi HOL..
hehe..sebab fikir mungkin boleh dapat murah :)
Okay perjalanan nak ke HOL 20minit dari Shah Alam...
Dekat jugak la...
Di HOL harga sebiji mentol RM 7, tak banyak beza pun..tolak duit minyak tol..lebih kurang je...
Beli jugak la..sebab lampu penting ..hehe..

Itu jela coretan Cik Mai kali ni...


P/S - Nak cantik maintenance pun tinggi...

Tuesday, January 7, 2014

Kenangan 2013

Assalamualaikum semua..

Hari ni Cik mai nak semadikan segala kenangan suka dan duka Cik mai sepanjang tahun 2013..

Tapi Cik mai bersyukur sangat dengan rezeki yang Cik mai kecapi ...Duka yang mendatang tu Cik mai anggap sebagai dugaan hidup yang perlu Cik mai sekeluarga hadapi dengan tenang..Tahun ini semoga ada rezeki yang lebih baik dan dipermudahkan....

Alhamdullilah...Awal tahun lepas Cik mai dapat kunci rumah...Impian untuk memiliki rumah sendiri akhirnya terlaksana jua...Dapat kunci pada 22 Januari 2013..Cik mai berpindah pada bulan Mac..Ingat lagi 30 Mac 2013  kitorang berpindah rumah..Penat tapi sangat teruja untuk masuk rumah sendiri..
11 April 2013, Zameer dimasukkan ke Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau akibat jangkitan dalam paru-paru...asalnya demam je tapi berpanjangan...luluh hati Cik mai melihat anak terlantar cam gini..sedih sangat...Zameer tak penah lagi masuk wad ni pertama kali...nasib baik hospital ni jenis okay..mama dan papa bole tunggu dan tidur kat wad Zameer..(Kalau mama sorang je..seram jugak rasanya..mama kan penakut..huhu..)
Hospital dia comei jugak...nurse pun friendly..makanan pun sedap..Tapi TV cenel kartun jela...ada cenel lain tapi budak yang tak sihat ni nak tengok kartun je kejanye...
Bayangkan 11-13 April 2013 kitorang bermalam di Hospital... 13 hb pagi  tu pulak Cik mai ada exam PTD, dengan mengantuknye tapi Cik mai gagahkan jua pegi untuk merasai exam PTD tu.. Akhrnya Cik mai Failed..haha..Takpe cuba lagi tahun depan.
12 Mei 2013, Akhirnya Cik mai berjaya menghabiskan pengajian Pendidikan Jarak Jauh di UITM..Allhamdulillah...Setelah 4 tahun lebih bertungkus lumus dan segala komitmen Cik mai berikan selama ni rasa berbaloi sangat....
Alhamdulillah...Penghargaan selama 5 Tahun berkhidmat...Terima Kasih Bos dan Pejabat Cik mai...

Banyak lagi kenangan sebenarnya..tapi gambar-gambar di atas ini yang Cik mai rasa yang tersentuh di hati Cik mai...Yang dapat Cik mai listkan tanpa gambar adalah seperti berikut...

  1. Alhamdullilah Opah Cik mai dapat menunaikan Haji tahun lepas 19 September 2013 - 5 November 2013...
  2. 31 Ogos 2013 Pertunangan adik Ipar Cik Mai
  3. 4 November 2013 Zameer Haiqal konvokesyen di Summit USJ.
  4. Bercuti di Cameron Highland pada 19 April 2013 - 21 April 2013
Itu je kot yang Cik mai ingat..Harap-harap tahun ini lebih aktif lagi untuk berjalan-jalan bersama famili tercinta...

P/S - Cintailah dia yang menyayangi kita..

Monday, January 6, 2014

Pelan Insuran Pendidikan Anak

Salam semua para blogger yang Cik mai kasihi sekalian....

Pagi ni macam mana okay ke semua..yang penting jalan dah start jem...maklumla ramai orang dah mula bekerja kembali dan budak-budak dah mula bersekolah balik...Nyaris tak merah punch card Cik mai pagi tadi...hehe

Pagi ni Cik mai mula buat reseach pasal pelan insurans untuk Zameer..erk, anak dah nak masuk 5 tahun baru terhegeh-hegeh nak carikan insurans...bukan ape, tahun nie Cik mai bertekad nak melaksanakan sistem Simpanan melebihi Perbelanjaan..Selama ni, gaji naik pun ntah kemana pegi nye..macam takde perubahan ape-ape pun..jadi tahun nie Cik mai berazam nak mulakan langkah kearah Sistem penabungan yang lebih efisyen..InsyaAllah semoga dipermudahkan....

Nak cari side income macam buat bisnes online tu Cik mai tak pandai nak meniaga pulak..jadinye terpaksa la berjimat cermat dan mulakan simpanan untuk hari yang mendatang....(Cik mai dah start menggunakan sistem sampul dari bulan Oktober lepas..Alhamdullilah..kewangan lebih terkawal...)


Berbalik pada insurans nie...Cik mai tengok BSNPrudential macam okay je...ada cadangan lain tak para blogger sekalian...Tapi tak paham sangat pasal insurans nie sebenarnye...Untuk diri sendiri pun takde Insurans...camne tu?..


P/S- Tahun ni bermula la era 3 series...




Thursday, January 2, 2014

Zameer 2014

Sebelum dan Selepas gunting rambut...Zameer marah sebab dah takde rambut pacak..haha
Testing pakai baju sekolah...Tadika start 6hb Januari..hoho
© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul