Thursday, June 6, 2013

Kembali Menulis

Assalamualaikum semua...lama betul diri ini mendiamkan diri, banyak sangat benda yang perlu dibuat disamping mood untuk menulis tidak kunjung tiba....Selepas je pindah rumah Zameer dimasukkan ke hospital, pastu tukarkan dia ke sekolah yang lain...setakat ni tengok dia okay aje dengan sekolah yang baru..harap2 semua akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan bagi kami sekeluarga...

Sekarang ni Zameer dah mula bersekolah di Tadika Planet An Nizah Jalan Kebun, dah sebulan jugak dia bersekolah disitu.. Alhamdullilah ada peningkatan banyak pada diri Zameer, mama tumpang happy...Seronok sangat dia sebab ramai kawan dekat tadika, dekat rumah dia sorang jadi takde kawan untuk bermain..Musim cuti sekolah ni pulak banyak aktiviti yang tadika tu bagi kat budak2 tu...Zameer memang happy dapat tengok wayang ngan kawan2, merasa buat kad hari ibu untuk mama esok pulak dorang akan buat aktiviti BBQ..hehe..seronok pulak jadi dorang..hepi2 je..

Rutin Harian Zameer pulak, hari Isnin pakai baju uniform sekolah, selasa pakai baju sukan, rabu pakai baju uniform (bomba, polis, askar, doktor) Zameer punya bomba, Khamis pakai baju uniform sekolah balik dan Jumaat pulak baju melayu..kena tulis semua nie sebab mama Zameer ni kan pelupa sikit...hehe, tapi sekarang dah boleh ingat dah, mula2 dulu je mama Zameer asik tersalah pakai baju Zameer , tak sama dengan hari yang sepatutnya dia pakai baju apa..hehe..

Alhamdullilah..dalam tempoh penyepian diri ini..akhirnya telah selamat bergraduasi dan begelar seorang graduan...alhamdullilah...mai tepek satu gambar bagi tatapan korang yang merindui..hehe..(perasan sikit)..

Sila abaikan gambo mai yang kelihatan berisi tu, memang berat tengah naik dengan jayanye..bukan mengandung tapi mengandungi lemak..hehe



Sekian dulu untuk hari ini..semoga mama Zameer akan lebih rajin menulis lagi..hehe..

5 comments:

zunika hadenan said...

bertahun nak tgg ko berblog la..ntah ape2

Mrs JZizan said...

HAHA

diba's chan said...

http://awananeonight.blogspot.com/2013/06/membanteras-masalah-resdung-dengan-cepat.html

meh try meh.hilangkan resdung dalam 7 hari :)

Cikgu Hairul said...

Selamat menulis. Menulislah dengan sepenuh hati.

Intan Akma said...

Salam..saya ada tgk2 jugak taska tu tp pegi weekend xde org nk tnye.sy br beli rumah kt jln kebun.if u dun mind boleh share taska tu cmne x (include day care x?yuran) norulakma2111@gmail.com

Best Friend sudah mari

setahun 4 bulan .