Skip to main content

Berita Harian Online | PLUS perkenal jadual perjalanan sempena Aidilfitri, kemerdekaan

Berita Harian Online | PLUS perkenal jadual perjalanan sempena Aidilfitri, kemerdekaan


2011/08/25

  NOORIZAH    bersama  Pengurus Jualan Kebangsaan RedBull, Eng Swe Peng  menunjukkan minuman Redbull yang akan diberikan kepada pengguna lebuh raya secara percuma di setiap Pit Stop  ditentukan pada sidang media  sistem perjalanan pada musim perayaan ini di Persada PLUS Subang.
NOORIZAH bersama Pengurus Jualan Kebangsaan RedBull, Eng Swe Peng menunjukkan minuman Redbull yang akan diberikan kepada pengguna lebuh raya secara percuma di setiap Pit Stop ditentukan pada sidang media sistem perjalanan pada musim perayaan ini di Persada PLUS Subang.
PETALING JAYA: PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid, berkata langkah itu bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September ini.
“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap.
“Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Noorizah berkata, bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.

Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan.

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :
  • Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum jam 12 tengah hari;
  • Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
  • Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
  • Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.


Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:

  • Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;
  • Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
  • Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;
  • Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
  • Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.


PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 September ini.

l Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;

l Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.

l Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.

Noorizah berkata, ketika perayaan Aidilfitri tahun lalu, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.

PLUS menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.

Noorizah berkata, seramai 3,000 kakitangan PLUS dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan selama 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.

Pegawai Turus Penguat kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Superintendan Hamzah Ahmad, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan terpilih mulai semalam hingga 6 September bagi mengawasi keadaan lalu lintas.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.

*Lihat jadual cadangan waktu perjalanan Lebuhraya PLUS sempena cuti Aidilfitri dan Kemerdekaan di lamanFacebook Berita Harian.

P/S - harap2 xjem la jalan..cik mai akan ikut waktu yang ditetapkan..cewah.....so cik mai kena amik waktu genap...hehe

Comments

Myra Jay said…
Cxadangan ni bagus untuk elakkan kesesakan, tapi kita la kena pandai arrange masa :-)

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan…