Skip to main content

Breakfast untuk Anak Tercinta

Salam,

Mama perasan la bila buatkan bekal untuk qeqe Zameer, emosi beliau akan berubah 360 darjah..Beliau sangat ceria, gembira bila mama masakkan sesuatu untuk beliau..

Haritu mama bekalkan sandwich tuna dan biskut, dia punya happy balik sekolah petang tu..esok mama buat lagi ye...tapi esoknya mama terbangun lambat..mei mei Jameela tak sihat, jadi mama terlajak tido sebab malam tak boleh tido sebab Jameela meragam..Emosi Zameer jadi sedih, dia siap tanya papa ada tak bekal harini, bila bagitau takde beliau sedih...lepastu beliau tak nak beli makanan kat tepi jalan tu..kesiannya la anak mama ni...

Start dari itu mama gagahkan diri untuk bangun pukul 4.30 pagi untuk memasak untuk qeqe Zameer dan bubur mei mei Jameela...Mama harap anak-anak mama suka makan air tangan mama ni hari-hari..mama pun sedih sebab mama kena keluar rumah pukul 6.15 pagi, anak-anak masih tidur lagi...sedih..~sobss~...sebab mam kerja kat KL kena keluar awal (I wish to be a succsessful  housewife in another 7 years..boleh tak encik suami??)..dorang ni papa yang akan uruskan..mama hanya dapat merasa semua tu kalau mama amik cuti...dapat lah merasa menyiapkan qeqe Zameer nak ke sekolah...Patutunya itu memang tugas seorang mama kan..tapi mama kena berkorban untuk famili kita ye anak-anak...huhu....

Alangkah indahnya kalau kita dapat luangkan masa sekarang ini dengan anak-anak..sebab masa inilah mereka sangat memerlukan kita..tapi kita berkerja untuk menambah ekonomi keluarga..huhu..kadang-kadang mama fikir, bila kita dah pencen nanti anak-anak pun dah ada famili masing-masing..masa tu kita yang akan rindukan moment anak yang masih kecil, tapi sayangnya kita tak dapat nak spend time dengan mereka semasa mereka masih kecil...Kepada suri rumah, tahniah..anda semua dapat merasai momen tu semua..mama pun teringin sangat..InsyaAllah...andai kata ada rezeki terpijak nanti mama nak berhenti kerja 24 jam..duduk rumah..siapkan anak-anak..ambil hantar pergi sekolah..mama sanggup..tapi sekarang ni mama perlu bekerja lagi ye anak-anak..komitmen di sana sini...~sobs~..

Pendek citer anak-anak perlukan kita sebenarnya..bukan sekadar breakfast..mereka perlukan perhatian,belaian kita...tapi berbalik pada menu breakfast qeqe Zameer, mama hanya buat meehun goreng, nasi goreng,.nasi lemak. roti sandwich setakat ni..haha..menu lain masih perlu belajar sebab mama memang tak pandai masak..mama cuba masak untuk famili mama..janji dapat makan makanan yang bersih dan berkhasiat gitu..hhhihi...


I love my famili..

Deep

saya teringin nak jadi seorang ibu yang berada di rumah..InsyaAllah.


Love,
MamaZameerJameela.



Comments

Momma AA said…
try spaghetti pulak mama...

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI