Skip to main content

Treathen Abortion

17/11/2014

Hari pertama memulakan kerja setelah seminggu mc...buat keja slow-slow je...petang dalam pukul 4 petang keluar fresh blood yang banyak...cik mai cool je..

Balik keja terus pegi DEMC,as usual kena tunggu lama...cik mai malas nak pegi awal sebab dah tahu...aritu dah terkena...selagi xbleeding darah mengalir banyak memang tak dianggap serius..so buat cool jela...

Tak jumpa doktor pakar,jumpa MO yang di bawah je...bila doktor scan baby cik mai..saiz baby tidak membesar tetap pada saiz scan yang hari tu...then..doktor cakap 50% baby untuk terus survive..sebab bleeding masih keluar walaupun cik mai makan dusphaston...

Doktor tu cakap ini adalah treathen abortion dan cik mai perlu sambung rehat dan tengok progress baby macam mana...doktor tu bagi MC sehingga 20hb November..memang cik mai ada appoinment dengan Gynae pada 20hb tu...masa tu tiba-tiba badan jadi lemah..dah tak boleh nak berfikir...

Balik rumah diam saje..encik asben cakap takpelah kalau ada rezeki kita INsyAllah baby ok...sabar je...kalau takde kita cuba lagi nanti...

Cik mai rasa down sangat....tak tau nak cakap ape...malam tu pinggang macam nak patah sakitnye..perut memulas-mulas..bleeding dah keluar macam period...penuh pad sampai bocor...keluar lendir..tisu selaput darah yang berwarna merah sekali...FRESH BLOOD..nak tido pun tak boleh sebab sakit macam CONTRACTION..letak bantal kt belakang baru lega..kaki tetiba rasa sejuk..cik mai pakai stokin tido malam tu...

18/11/2014

Sedar2 dah pagi...bangun bleeding masih banyak ( heavy flow macam first day period)..cik mai tawakal sahaja...

Semalam doktor cakap ada dua pilihan samada DnC atau makan ubat bagi keluar sendiri...Erm cik mai rasa nampaknya da keluar sikit-sikit ni maybe kejap lagi akan keluar seketul pula...

Cik mai pasrah je..mungkin ada hikmahnye bila jadi macam ni...Allah Maha Mengetahui...

P/S - baru sedar lupa nak ambil MC kat kaunter hospital semalam...sebab sedih punya pasal..hihi..

Comments

Momma AA said…
sabar yer mai.. pasti ada yang lebih baik selepas ini..
Momma AA said…
sabar yer mai.. pasti ada yang lebih baik selepas ini..

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI