Thursday, November 20, 2014

Tiada rezeki Zameer Beradik

19/11/2014

2.00a.m keluar seketul darah sebesar hati ayam
3.00a.m keluar lagi ketulan darah agak besar dari tadi
5.45pagi keluar seketul lagi sebesar tapak tangan

Pegi DEMC doktor sahkan rahim dah kosong..

Tak perlu dnc..cuma makan ubat..doktor cakap darah akan keluar macam period..28/11 ini scan semula nak tengok keadaan rahim...

Doktor cakap dengan cik mai jangan sedih...keguguran ni jadi bukan sebab masalah rahim atau salah permakanan..baby itu sendiri yang tak sihat (baby hanya berusia 6minggu setiap kali scan walaupun ada heartbeat).

Doktor cakap lagi boleh try to conceive selepas satu kali cycle period..tapi terpulang kepada kita..pantang pun doktor cakap tak perlu janji makan berkhasiat..tapi selalunya orang akan berpantang jugak dalam masa 14 hari..

Alhamdulillah semua sudah selesai...sakit sebelum keluar darah tu masih cik mai teringat..sakit macam contraction...nak tido pun tak boleh..pinggang rasa macam nak patah..perut memusing-musing dan mencengkam...sakit sangat...patutlah orang cakap gugur lagi sakit dari bersalin...

Sekarang ini tempoh berpantang :)..berpantang sendiri di rumah..  

Okies nanti sambung lagi...cik mai nak rehat dulu...bye..

No comments:

© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul