Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Sukar Hamil & Endometriosis

Apa itu Endometriosis? Endometriosis adalah masalah perubatan atau penyakit yang berkaitan dengan tisu yang melapisi bahagian dalam rahim (juga disebut endometrium) telah tersebar dan tumbuh di kawasan organ lain di dalam tubuh wanita. Kebiasaannya berlaku pada organ-organ pelvis. Endometriosis yang ditemui di saluran fallopian dan ovari boleh menyebabkan parut, pelekatan dan salur fallopian tersumbat serta boleh mempengaruhi kesuburan seseorang wanita. Endometriosis dikatakan menyerang 7 peratus daripada wanita dalam lingkungan umur 18-35 tahun dan merupakan salah satu sebab utama mengapa wanita gagal hamil.
Apakah gejala-gejala endometriosis? Sakit pada bahagian pelvis adalah di antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa semasa melakukan hubungan seks, semasa membuang air kecil atau air besar. Walau bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit yang dialami. Sesetengah wanita m…

Laju ke?

Maaf sangat2 ye..cik mai memang tak perasan pulak yang cik mai bawak kereta laju...hihi..
Rasa macam perlahan je..tak tau la kalau kita kat dalam rasa macam tak laju tapi sebenarnye laju..haha...
Petang ni masa nak amik Zameer dari school ada parent cakap cik mai laju bawak keta...erk..maaf sangat ye..mulai esok cik mai berazam akan bawak perlahan aje..
Tetiba rasa tersedar,mungkin juga ini peringatan kepada cik mai supaya lebih berhati-hati..mungkin Allah ingin menyedarkan cik mai..Ya Allah betapa hamba mu ini khilaf dalam menjalani rutin harian..nasib baik belum berlaku apa-apa yang tak diingini..
InsyaAllah..cik mai insaf..dan akan cuba memperbaiki diri ini..Mari lah kita berubah ke arah yang lebih baik...