Skip to main content

Pelan Insuran Pendidikan Anak

Salam semua para blogger yang Cik mai kasihi sekalian....

Pagi ni macam mana okay ke semua..yang penting jalan dah start jem...maklumla ramai orang dah mula bekerja kembali dan budak-budak dah mula bersekolah balik...Nyaris tak merah punch card Cik mai pagi tadi...hehe

Pagi ni Cik mai mula buat reseach pasal pelan insurans untuk Zameer..erk, anak dah nak masuk 5 tahun baru terhegeh-hegeh nak carikan insurans...bukan ape, tahun nie Cik mai bertekad nak melaksanakan sistem Simpanan melebihi Perbelanjaan..Selama ni, gaji naik pun ntah kemana pegi nye..macam takde perubahan ape-ape pun..jadi tahun nie Cik mai berazam nak mulakan langkah kearah Sistem penabungan yang lebih efisyen..InsyaAllah semoga dipermudahkan....

Nak cari side income macam buat bisnes online tu Cik mai tak pandai nak meniaga pulak..jadinye terpaksa la berjimat cermat dan mulakan simpanan untuk hari yang mendatang....(Cik mai dah start menggunakan sistem sampul dari bulan Oktober lepas..Alhamdullilah..kewangan lebih terkawal...)


Berbalik pada insurans nie...Cik mai tengok BSNPrudential macam okay je...ada cadangan lain tak para blogger sekalian...Tapi tak paham sangat pasal insurans nie sebenarnye...Untuk diri sendiri pun takde Insurans...camne tu?..


P/S- Tahun ni bermula la era 3 series...




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan…