Skip to main content

Kenangan 2013

Assalamualaikum semua..

Hari ni Cik mai nak semadikan segala kenangan suka dan duka Cik mai sepanjang tahun 2013..

Tapi Cik mai bersyukur sangat dengan rezeki yang Cik mai kecapi ...Duka yang mendatang tu Cik mai anggap sebagai dugaan hidup yang perlu Cik mai sekeluarga hadapi dengan tenang..Tahun ini semoga ada rezeki yang lebih baik dan dipermudahkan....

Alhamdullilah...Awal tahun lepas Cik mai dapat kunci rumah...Impian untuk memiliki rumah sendiri akhirnya terlaksana jua...Dapat kunci pada 22 Januari 2013..Cik mai berpindah pada bulan Mac..Ingat lagi 30 Mac 2013  kitorang berpindah rumah..Penat tapi sangat teruja untuk masuk rumah sendiri..
11 April 2013, Zameer dimasukkan ke Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau akibat jangkitan dalam paru-paru...asalnya demam je tapi berpanjangan...luluh hati Cik mai melihat anak terlantar cam gini..sedih sangat...Zameer tak penah lagi masuk wad ni pertama kali...nasib baik hospital ni jenis okay..mama dan papa bole tunggu dan tidur kat wad Zameer..(Kalau mama sorang je..seram jugak rasanya..mama kan penakut..huhu..)
Hospital dia comei jugak...nurse pun friendly..makanan pun sedap..Tapi TV cenel kartun jela...ada cenel lain tapi budak yang tak sihat ni nak tengok kartun je kejanye...
Bayangkan 11-13 April 2013 kitorang bermalam di Hospital... 13 hb pagi  tu pulak Cik mai ada exam PTD, dengan mengantuknye tapi Cik mai gagahkan jua pegi untuk merasai exam PTD tu.. Akhrnya Cik mai Failed..haha..Takpe cuba lagi tahun depan.
12 Mei 2013, Akhirnya Cik mai berjaya menghabiskan pengajian Pendidikan Jarak Jauh di UITM..Allhamdulillah...Setelah 4 tahun lebih bertungkus lumus dan segala komitmen Cik mai berikan selama ni rasa berbaloi sangat....
Alhamdulillah...Penghargaan selama 5 Tahun berkhidmat...Terima Kasih Bos dan Pejabat Cik mai...

Banyak lagi kenangan sebenarnya..tapi gambar-gambar di atas ini yang Cik mai rasa yang tersentuh di hati Cik mai...Yang dapat Cik mai listkan tanpa gambar adalah seperti berikut...

  1. Alhamdullilah Opah Cik mai dapat menunaikan Haji tahun lepas 19 September 2013 - 5 November 2013...
  2. 31 Ogos 2013 Pertunangan adik Ipar Cik Mai
  3. 4 November 2013 Zameer Haiqal konvokesyen di Summit USJ.
  4. Bercuti di Cameron Highland pada 19 April 2013 - 21 April 2013
Itu je kot yang Cik mai ingat..Harap-harap tahun ini lebih aktif lagi untuk berjalan-jalan bersama famili tercinta...

P/S - Cintailah dia yang menyayangi kita..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan…