Tuesday, January 14, 2014

Kehamilan

Selalunya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk hamil?

Secara umum, pasangan subur mempunyai kemungkinan yang baik untuk hamil dalam masa setahun.
  • Lebih kurang 30 akan hamil dalam satu bulan.
  • Lebih kurang 60 akan hamil dalam enam bulan.
  • Lebih kurang 85 akan hamil dalam satu tahun.

Selebihnya akan mengambil masa yang lebih panjang dan sesetengah mereka mungkin memerlukan bantuan untuk hamil. 


Untuk memahami kenapa sesetengah pasangan mengambil masa lebih lama untuk hamil dan yang lain tidak, mungkin adalah membantu jika dilihat statistik. Pertama, setelah mencuba selama sebulan, pasangan subur normal adalah lebih cenderung untuk tidak menjadi hamil daripada hamil. 


Pasangan subur mempunyai kira-kira 20 hingga 25 peratus kemungkinan menjadi hamil bagi setiap kitaran haid berikutan seks yang tidak terlindung. Tetapi ini hanya purata. Sesetengah pasangan mempunyai peluang yang jauh lebih rendah daripada ini (iaitu kesuburan bulanan yang rendah). Lain-lain pasangan yang amat subur mempunyai 60 peratus peluang untuk hamil pada mana-mana bulan tertentu (kesuburan bulanan yang tinggi). 


Ini bermakna bahawa pasangan yang mempunyai kesuburan bulanan tinggi cenderung untuk mengandung dengan cepat, mungkin dalam masa beberapa bulan. Pasangan dengan kesuburan bulanan yang rendah mungkin mengambil masa yang lebih lama. Mengambil masa sehingga dua tahun untuk hamil adalah perkara biasa bagi sesetengah pasangan. Ini mungkin sukar untuk diterima jika ia berlaku kepada anda. Tetapi ini tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah kesuburan. Kira-kira separuh daripada pasangan-pasangan yang tidak hamil dalam tempoh setahun akan hamil pada tahun berikutnya, selagi mereka terus mencuba. 

Apakah yang boleh menyebabkan kehamilan mengambil masa yang lebih lama?

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi peluang anda untuk hamil, seperti:

Jika kedua anda masih muda dan sihat, dan telah mencuba untuk mendapatkan bayi selama setahun, eloklah berjumpalah dengan doktor keluarga anda atau pakar ginekologi. Dia mungkin mencadangkan beberapa penyiasatan awal untuk mengetahui sama ada anda boleh menambahkan peluang anda untuk hamil. 


Jika anda 35 tahun atau lebih, maka dapatkanlah bantuan terlebih dahulu. Lakukan ini juga jika anda atau suami anda mempunyai masalah tertentu, seperti testis tak turun atau sejarah ovari polisistik yang boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil. Apa jua keadaan anda, berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat pemeriksaan pra-kehamilan adalah idea yang baik. 

Apa yang boleh menambahkan peluang saya?


Pastikan yang anda dan suami anda berada dalam keadaan terbaik untuk membuat bayi. Namun, mengadakan hubungan seks secara kerap tanpa perlindungan adalah kuncinya. Sasarkan untuk sekali dalam dua atau tiga hari dan bukan setiap hari, sebab seks setiap hari boleh mengurangkan kualiti sperma. Pakar-pakar bersetuju bahawa pendekatan ini mengoptimumkan peluang anda untuk hamil. 


Anda mungkin pernah mendengar bahawa menentukan dengan tepat bila anda mengovum akan membantu dan supaya mengadakan hubungan seks ketika itu. Memang benar teknik inilah yang terbaik. Peluang anda untuk hamil adalah lebih tinggi di hari-hari dalam kitaran haid ketika anda paling subur. Lihat galeri mukus serviks kami untuk mengetahui cara untuk mengenal pasti hari yang anda paling subur. 


Walau bagaimanapun, pakar-pakar kesuburan menasihati tentang tidak menggunakan teknik yang rumit bagi mengesan ovulasi dan terus mengatur kegiatan seks anda untuk beberapa hari tertentu bagi setiap kitaran. Adalah didapati bahawa cara begini mendatangkan lebih stres daripada yang sepatutnya. Apa yang ketara, ia tidak menambahkan peluang anda untuk hamil. 


Kadangkala kerja atau gaya hidup anda merumitkan perlakuan seks secara kerap, namun, anda berazam untuk mempercepatkan kehamilan. Terdapat beberapa teknik mudah yang anda boleh cuba yang tidak akan mendominasi kehidupan anda. Anda boleh cuba memahami beberapa tanda yang lebih ketara yang menunjukkan bahawa badan anda menghampiri ovulasi, seperti penambahan mukus vagina. Atau cuba gunakan kit peramal ovulasi. Dengan cara ini, anda boleh cuba memastikan bahawa anda melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sekali atau dua kali di masa-masa anda paling subur. 


Secara umum, pendekatan yang lebih relaks disyorkan oleh pakar-pakar kesuburan. Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan setiap beberapa hari bermakna akan ada bekalan sperma di tempatnya pada bila-bila masa anda mengovum. Hanya dengan mengambil cara relaks dan menikmati kehidupan intim anda mungkin adalah cara terbaik untuk menambahkan peluang anda. 


No comments:

Best Friend sudah mari

setahun 4 bulan .