Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Sekadar Renungan

Kita jangan terlalu mendongak ke atas, kerana kita akan jadi lupa dengan apa yang ada di bawah... begitulah lumrah kehidupan....

Kadangkala kita merasakan orang lain mempunyai banyak keistimewaan berbanding kita, tapi kita lupa, bahawa ada orang lain yang memandang kepada kita dan berkata " bertuahnya dia punya segalanya"...
Kita sering lupa, kerana terlalu memandang jauh ke hadapan, sedangkan di depan mata kita banyak yang kita terlepas pandang...aduh naifnya kita...alpanya kita...

Kesenangan, kegembiraan yang kita ada ini bukan hanya untuk kita...kita patut berkongsi dengan mereka yang tidak punya apa... masih menanti..terus menanti untuk menjadi seperti kita barangkali..

Jangan bezakan diri kita dengan mereka yang lebih sempurna, kerana itu akan menjadikan kita cemburu terhadap mereka...Adalah lebih baik jika kita mensyukuri NikmatNya...Lihat kepada mereka yang kurang dari kita..insafi diri...letakkan pula diri kita di tempat mereka...pasti rasa bersyukur itu lebih berhar…

Kalendar Cina

Erm..menarik jugak kan kalendar cina ni..kalau ikutkan tahun ni potensi untuk cik mai dapat baby gurl tu cerah...InsyaAllah kalau ada rezeki...

Kita kena berusaha dan tawakal aje...

Jom korang test la kat kalendar ni jantina baby korang..saje suka2...Allah maha mengetahui..

Jom klik aje kat gambar bawah ni cik mai dah link kan terus ke kalendar cina tu...

jangan terlalu pecaya..untuk suka-suka dan mengisi masa lapang boleh la...


Kegemaran

Zameer tidak boleh dipisahkan dengan lori, tacktor beliau... Itulah kegemaran beliau.. Dari kecik sampai la sekarang ni... Penuh bilik mainan dengan pelbagai jenis lori beliau... Lori sampah, lori kontena, bomba, dan jentera pembuatan bangunan tu... nak menulis pon mama tak berapa nak reti..hehe...
Selamat hari lahir sayang mama...
22/01/2014
4 tahun 1 bulan.
Mama dan papa sentiasa sayang awak!


layan gambar beliau...
P/S - Dapat baby Disember pun best jugak kan..hehehe...

Pengaruh TV

Zameer ni banyak btoi tengok tv..bila dia dapat pegang pensel dan kertas dia mula lukis gambar kartun...
Layan gambar kartun ni...
Oggy using toilet katanye...hehe..

Homeschooling ~ Zameer

Kehamilan

Selalunya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk hamil?Secara umum, pasangan subur mempunyai kemungkinan yang baik untuk hamil dalam masa setahun. Lebih kurang 30 akan hamil dalam satu bulan.Lebih kurang 60 akan hamil dalam enam bulan.Lebih kurang 85 akan hamil dalam satu tahun.
Selebihnya akan mengambil masa yang lebih panjang dan sesetengah mereka mungkin memerlukan bantuan untuk hamil.

Untuk memahami kenapa sesetengah pasangan mengambil masa lebih lama untuk hamil dan yang lain tidak, mungkin adalah membantu jika dilihat statistik. Pertama, setelah mencuba selama sebulan, pasangan subur normal adalah lebih cenderung untuk tidak menjadi hamil daripada hamil. 

Pasangan subur mempunyai kira-kira 20 hingga 25 peratus kemungkinan menjadi hamil bagi setiap kitaran haid berikutan seks yang tidak terlindung. Tetapi ini hanya purata. Sesetengah pasangan mempunyai peluang yang jauh lebih rendah daripada ini (iaitu kesuburan bulanan yang rendah). Lain-lain pasangan yang amat subur mempunyai …

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI

Lampu Punya Cerita

Salam Semua.. Hari ni nak citer pasal lampu la pulak...jangan marah ye... Rumah Cik mai pakai lampu yang macam kat gambar bawah ni yang tengah-tengah tu, RM 18..kenkononnye nak lawa la sangat, canggih dari lampu kalimantang yang biasa tu kan... Memang comei...cantik berseri je rumah Cik mai dengan lampu ni... TETAPI...

Sambung disini..
Cukup je 7 bulan Cik mai menggunakan lampu ni...boleh pulak mentol dia terbakar...kalau satu takpe la jugak u all, ini semua..repeat..semua!.. Oh stress!..dan mengundang amarah betoi la lampu ni.. Tula, maybe dia ada limit untuk penggunaan mentol ni... Lampu cantik maintenance MAHAL... Ayooo...
Satu set tu ada 2 mentol... So, pegi la kami mencari di kedai lampu untuk gantikan mentol yang tebakar tu... rumah Cik mai ada 5 set lampu ni, bermakna kena beli 10 biji mentol la kan?.. Pegi kedai kat area rumah je masa tu...Bila tanya pekerja tu sebiji mentol tu berapa RM?.. Sekali dia cakap satu biji mentol bersamaan RM 10..erk, mahai gak ye...bila beli 1 set…

Kenangan 2013

Assalamualaikum semua..
Hari ni Cik mai nak semadikan segala kenangan suka dan duka Cik mai sepanjang tahun 2013..
Tapi Cik mai bersyukur sangat dengan rezeki yang Cik mai kecapi ...Duka yang mendatang tu Cik mai anggap sebagai dugaan hidup yang perlu Cik mai sekeluarga hadapi dengan tenang..Tahun ini semoga ada rezeki yang lebih baik dan dipermudahkan....

Pelan Insuran Pendidikan Anak

Salam semua para blogger yang Cik mai kasihi sekalian....
Pagi ni macam mana okay ke semua..yang penting jalan dah start jem...maklumla ramai orang dah mula bekerja kembali dan budak-budak dah mula bersekolah balik...Nyaris tak merah punch card Cik mai pagi tadi...hehe
Pagi ni Cik mai mula buat reseach pasal pelan insurans untuk Zameer..erk, anak dah nak masuk 5 tahun baru terhegeh-hegeh nak carikan insurans...bukan ape, tahun nie Cik mai bertekad nak melaksanakan sistem Simpanan melebihi Perbelanjaan..Selama ni, gaji naik pun ntah kemana pegi nye..macam takde perubahan ape-ape pun..jadi tahun nie Cik mai berazam nak mulakan langkah kearah Sistem penabungan yang lebih efisyen..InsyaAllah semoga dipermudahkan....
Nak cari side income macam buat bisnes online tu Cik mai tak pandai nak meniaga pulak..jadinye terpaksa la berjimat cermat dan mulakan simpanan untuk hari yang mendatang....(Cik mai dah start menggunakan sistem sampul dari bulan Oktober lepas..Alhamdullilah..kewangan lebih te…

Zameer 2014