TABUNG ZJ

Friday, November 8, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah... Rezeki itu Allah sudah tentukan untuk setiap insan..Amin... Mungkin tiada rezeki untuk anak mahupun peningkatan kerjaya... Rasa bersyukur dengan rezeki yang diterima ini... Diri ini belum cukup hebat, namun akan jadikan ia sebagai satu dorongan untuk menjadi yang lebih baik... Alhamdulillah... Punyai suami dan seorang anak yang sentiasa bersama ketika susah dan senang... Dikelilingi sahabat yang diumpama saudara sendiri...tempat meluah segala...kegembiraan dan kesedihan bersama... InsyaAllah...

Thursday, November 7, 2013

Perubahan.

Salam semua...

Pagi ni cik mai berkobar-kobar nak mencari kerja di area yang dekat dengan rumah..jadi cik mai gigih la mengedit website job yang cik mai penah register dulu-dulu...salah satunya adalah JOBSTREET.COM, Tapi memang nak tergelak abis cik mai baca resume cik mai kat jobstreet...ayat macam budak tadika..hehe...

Maklumla, last kemaskini tahun 2005. Yang paling tak tahan tu bila cik mai describe job description tu memang sebijik ayat budak-budak...skema gila..haha...

Alhamdullilah cik mai bersyukur sangat dapat belajar macam-macam benda sepanjang tempoh tahun 2005-2013 ni, melalui pengalaman tu la cik mai dapat meningkatkan mutu percakapan, penulisan ke arah yang lebih formal...kalau korang baca ayat cik mai tu memang kelakar gila..nak tunjuk pun segan...haha...Nak kata sekarang ni dah hebat sangat tak jugak...cik mai masih lagi belajar untuk meningkatkan mutu diri ini...cik mai memang akui lemah sangat dalam bahasa inggeris..jadi cik mai kena usaha lebih untuk menguasai bahasa inggeris...

Sekarang ni cik mai tengah berusaha untuk meningkatkan kerjaya..semoga ada rezeki untuk cik mai di tahun hadapan...kalau boleh nak cari kerja yang dekat dengan rumah...senang sikit...sekarang ni jauh sangat...keluar rumah pagi-pagi buta, balik pun dah nak maghrib...penat!

Perubahan yang berlaku ke atas diri cik mai ni, membuatkan cik mai lebih bersyukur..dan rasa bertuah sangat...Seronok dapat berubah dari sesuatu yang kosong dan telah mendapat ilmu sedikit (perlu belajar lagi..)...Bukan senang nak nak jadi senang...betul sangat pepatah itu...


P/S - Mood berkobar2 untuk merencana tabungan tahun hadapan....