Skip to main content

Kereta Rosak

Panik seketika bila kereta cik mai tak boleh nak start..

Balik keja memang rutin harian cik mai amik Zameer dari skool, tapi pada hari kejadian cik mai lepas amik Zameer singgah jap nak beli barang kat kedai runcit..bila nak balik rumah je,kereta tak boleh start..Oh No!!!..

Abang kedai runcit tu cakap masalah bateri..cik mai tak tahu bab2 kereta ni..dia cakap boleh tolong tapi takde jumper( cik mai pon tak tau camne rupa jumper tu u all..haha)..abang tu siap balik umah dia cari jumper tapi takde pulak..

Cik mai call en asben tak dapat2..sekali tengok henpon kena barred pulak..ayoyo maxis time ni la nak barred line telefon..nasib baik bole guna yang "called me back"..adik cik mai call, cik mai mintak tolong dia call asben cik mai dan bagitau kereta tak boleh nak start..pheww..

Tunggu jap kat kedai runcit tu..sekali ada anak jiran datang beli barang, cik mai mintak tolong dia bagitau ayah dia tolong keta cik mai tak boleh start..adik tu pon balik panggil ayah dia..alhamdullilah...
Ayah dia dtg tlg start kereta dan en asben pon sampai time tu...nasib baik dipermudahkan..

Lepas tu terus bawak pegi bengkel tukar bateri kereta...nasib la awal bulan..ada la duit( duit kecemasan memang sangat penting..now i know why en asben salu menabung dalam tabung kecemasan)...

Selesai..Penat..Balik rumah masak..tangan masih menggigil..tak penah alami keadaan sukar begini...

Dugaan...

P/S - Kejiranan yang baik..rasa macam keluarga sendiri..

Comments

Momma AA said…
Cik Mai,
I rasa kita kena belajar gak skit2 pasal kete ni..
hari tu kete i pun buat hal jugak.. huhu.. tayar pancit.. i x reti nak pump tayar.. :p
Mrs JZizan said…
Btol la MommaAA..kita pun kena tau jugak la pasal part2 kereta ni..at least bole tau ape yg rosak..hehe..
zunika hadenan said…
nasib baik adik mu ni penyelamat~

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan…