Skip to main content

Pindah rumah part 1

24/3/2013
Pagi ahad tu, cik mai ngan en asben dah stanby untuk berpindah, lori yang nak memindahkan barang2 kami janji nak datang pukul 9 pagi...tapi pagi tu lori tu kol cakap lewat cikit,maybe dalam pukul 12tghari...okay, kitorang faham so kitorang pun tunggu la...dalam pukul 1 lori tu masih tak kunjung tiba..ini membuatkan kitorang naik angin dan mulalah nak marah, bila kitorang kol lori tu dia cakap tak jadi..tu je..tak jadi nak pindahkan barang kitorang..memang geram,

Kitorang pun gigih la mencari lori kat internet..semuanya fully book, nasib baik ada satu lori stanby ni...dia sanggup pindahkan barang kitorang..alhamdullilah..en asben tunggu la lori tu datang, cik mai kena stanby di rumah baru kami di Shah Alam sebab orang Astro nak datang sambungkan astro..nasib baik orang astro ni baik..yang penting free..hehe..kalau pindah astro beyond memang percuma,kerja pun kemas je orang astro ni..dia pagi lagi dah datang rumah cik mai lama dalam pukul 9.30pagi untuk tanggalkan decoder..masa tu kitorang tengah tunggu lori lagi, dia janji nak pasang pukul 2 petang kat rumah baru, pukul 1.30 dia dah sampai memang efisyen orang astro ni...dia pun terkejut tengok kitorang belum pindah(sebab masa dia datang pagi tu kitorang cakap nak tunggu lori..nanti jumpa di rumah baru ye) tup2 lori boleh buat hal la pulak..

Selesai pasang astro,hujan lebat sangat..cik mai risau sangat sebab en asben akan naik motor dari rumah lama ke rumah baru...risau sebab jalan motor kan sunyi..hujan pulak tu...memang doa je cik mai iringkan buat en asben,..

Lori tu sampai di rumah baru kami dalam pukul 4 lebih...adik ipar cik mai naik skali lori untuk tunjuk jalan..nasib baik cik mai mempunyai ramai adik ipar lelaki..boleh diharapkan..hehe..adik2 ipar cik mai yang tolong angkat barang dan susun barang di rumah baru kitorang ni...mak mertua cik mai pun ada...nasib baik kalau tak mau pengsan cik sorang2 mencuci rumah..hehe(memang tak minat kemas+cuci rumah)...
Bila semua dah selesai lega rasanya..malam tu beli nasi bungkus je, sebab tong gas belum dibeli lagi..hehe...
Lori yang pindahkan barang cik mai tu dari Rawang rupanya,jauh jugak kan..tapi servis memang tip top dan baik...

P/s-setiap halangan dan dugaan tu hadir untuk kita merasai kepahitan sebelum mendapat kemanisannye..hehe

Comments

eika_jps said…
salam perkenalan....confirm penatkan pindah rumah....

jemput singgah blog eika yer

http://atikarafina.blogspot.com/
hiasi rumah baru anda dengan lampu hiasan comel...
layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan…