Skip to main content

10 Punca Jin Tinggal serumah


1.Tapak rumah ada punca air mata air 

Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air...
kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin...
dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau...

Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula
 jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan 
ada unsur-unsur balas dendam...

kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar...
kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah...

Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah...

Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar
 dan sebagainya yang 'berhantu'...
kerana ia di bina di kawasan penempatan jin...

Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah, tapi harus kena caranya
 juga jin adalah makhluk Allah swt seperti kita juga...

Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah 
kalau anda mahu mendirikan kediaman...

2. Tapak rumah ada kubur 


Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru,Kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur,
 atau di kubur atau di mana tempatnya adajasad manusia yang di buang ( mungkin kerana dibunuh atau kemalangan )
Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka 
tulang belulang dalam kubur ituhendaklah dipindahkan terlebih dahulu..Ia adalah sama seperti
 ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya..
.Maka tempat itu akan jadi 'berhantu', sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan...
3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin

Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana 'buang ilmu', 'buang penyakit gangguan' atau sebagainya...

Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin...
kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan...
maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya...

4. Dalam rumah ada tangkal sihir

Iaitu,
dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina 
dengan tujuan menjadi 'pagar rumah'...

Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada
 salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya...

Atau, tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya...

kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, 
yang tinggal dalam rumah berkenaan...

Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah 
lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal...

Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya 
menjadi tuan, malah menjadi 'rumah'nya...

Maka rumah itu akan mula 'berhantu'...
5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia

Iaitu,kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan 
tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada...Kemudian boleh jadi ada 
antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu...Maka jin-jin yang keluar itu akan 
menjadi 'hantu' yang berkeliaran dalam rumah...
6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya

Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halalorang tak sembahyang atau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawapercampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat...Kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi 'dalang' kepada rumah-rumah 'berhantu'...(patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia...).Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya...
7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin

Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu...Samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka...Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu...Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnyaMaka jadilah ia rumah 'berhantu'...kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya...Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguanterutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya...
8. Rumah yang disihir

Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah...

Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah..

kemudian, ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin,
terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat..
9. Mengamalkan ilmu sihir

Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang 'menjadi' atau berbisa itu adalah kerana  penglibatan jin di dalamnya...Biasanya,kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir,maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun,mana-mana saja pun boleh jadi.Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur,iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang 'mengambilnya'...Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun..dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang...
10. Jin liar ikut pulang

Iaitu, biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana,samada siang apalagi di waktu malam tanpa pendinding atau persediaan...maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab,jin itu ikut pulang ke rumah...Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka...


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Nur Jameela Zaheera

Alhamdulillah dapat merasai peluang menjadi ibu kali kedua, yang paling best dapat merasai pengalaman bersalin normal tanpa sebarang ubat. Dulu masa abang Zameer Haiqal, mama ambil epidural. Tapi, bila mengandung kali ni memang mama dah tekad untuk normal dan tanpa bantuan sebarang ubatan..Alhamdulillah dipermudahkan.
Kisahnya bermula,
13.Januari.2016
Pukul 12.00 mlm perut rasa memulas, macam senggugut pun ada. Tapi mama ZJ rileks lagi..layan tengok tv ngan papa dan Zameer. Pukul 12.30 mlm nak masuk tido, pinggang pulak rasa sakit yang amat. En asben suruh baring, tapi tak boleh sakit sangat. duduk kejap kat katil..bila bangun ada setompok darah kat tilam. Terus panik. Masuk toilet cek memang ada darah, agak banyak. Padahal pakai  Panty liner, darah still boleh tembus.
Encik asben terus call adik dia kat Klang, minta datang rumah. Jagakan Zameer sebab kami nak pegi hospital. Zameer dah tido masa ni.Sementara tunggu adik ipar sampai mama ZJ sempat mandi dulu..bagi bersih badan. Pukul 1…

Susun Atur Dapur Cik Mai

Tajuk tak nak kalah kan...
hehe....Semenjak dua menjak ni Cik mai telah jatuh cinta pada blog-blog yang bercerita pasal susun atur rumah, dapur dan segalanya mengenai susun atur..umur dah menginjak ke 3 series ni tetiba minat mengemas tu datang... Weekend je keja Cik mai mengalih perabot..tukar-tukar kedudukan barang-barang dalam rumah tu..hehe...En asben redha je..sebab dia kerja hari sabtu dan ahad....bila time en asben pegi keja kedudukan perabot lain, bila balik lain pulak kedudukannye...sila terima ye en asben ku..haha..
Tapi Cik mai ni tak kreatif, nak menyusun pun tak berapa nak pandai...baru nak belajar sikit-sikit macam mana nak deco-deco ni...
Cik mai paling minat baca blog-blog ni..memang sangat kreatif dan Cik mai sangat admire pada dorang ni dalam bab-bab susun atur...sila la kunjungi blog-blog mereka ni tau...
SUSUN ATUR SIOCASUE SUKA SUSUNAKU BUKAN BIDADARI

Persediaan Kehamilan Kedua

Wah..hebatnya tajuk entri cik mai hari ni kan..haha...ehem...Yelah, walaupun ini adalah kali kedua cik mai akan mengalami proses kehamilan, tapi cik mai ni masih baru lagi..rasanya elok cik mai cari info yang dapat membantu cik mai sepanjang kehamilan kali kedua nanti...Biler?..InsyaAllah....tahun depan..cik mai nak cop bulan Disember jugak...sama macam Zameer..Kalau boleh la..kita boleh merancang tapi segalanya DIA yang menentukan....

Pertama sekali...

Kita kena tengok adakah waktu yang sesuai untuk kita mendapatkan anak??...Cik mai rasa sesuai sebab tahun depan Zameer dah nak masuk 4 tahun, tambahan pula umur cik mai semakin meningkat...sesuai la mengandung di usia yang masih 20-an ni..hehe...
Kewangan pulak nak kata hebat sangat tak jugak..tapi cik mai percaya pada setiap anak akan ada rezeki mereka...takpe, nanti bajet boleh dikecilkan lagi....(qeqe Zameer pulak dah free dryper..jadi dah berjimat di situ..)...

Orang cakap 6 bulan sebelum nak mengandung bolehlah mula buat persediaan…