Wednesday, June 1, 2011

Good Fren suda mari..adoiii...sakit perut la....

arini...cik mai mmg rasa mcm nak pinsan wooo...sakit giler....tiap2 bulan mcm nie la...org ckp biler kita da kwen n da ada baby..kita xkan dapat lagi sakit sengugut nie...emmmm,...tp nmpaknya cik mai still dapat lagi..uhuk2......tiap2 bulan sama je....rasa nk berguling2 .....ce kita tengok ape punca nye?...bahaya ke x pada kita?

Sengugut
Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.
Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea  adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.
Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.
selain itu..kita patut tahu gak pasal nie....
PMS

PMS: Bukan Hal Main-main!

simpan ia
e-mel ia
cetak ia
Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.
Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu juga pernah mendengarnya.
Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?
Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:
  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.
PMS dan Penyebabnya:
  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.
Sebelum berjumpa doktor, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan PMS?
  • Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.
  • Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B tambahan sepanjang tempoh itu.
  • Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluarga menemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan.
Bilakah saya patut berjumpa doktor kerana PMS?
Ada sesetengah wanita mengalami PMS yang teruk. Mereka akan merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang tempoh ini. Wanita yang lebih muda pula merasa tidak selesa dengan perasaan menggemuk. Perubahan emosi juga boleh mengeruhkan perhubungan kamu. Lebih elok jika kamu berjumpa doktor jika kamu tidak selesa dengan PMS. Bergantung pada hasil diagnosis, ubat-ubatan mungkin diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, waktu ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan kepastian daripada doktor tentang sebarang keraguan dan kebimbangan kamu.


No comments:

© Copyright 2018 | ALL Right Reserved to Mrs Jzizan. Design By Nurrul